Wednesday, January 22, 2025

Review: Malika

 

Tajuk: Malika
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy
Muka surat: 600 muka surat

Hai dan Hello!

dari puteri ke permaisuri๐Ÿ‘‘

Awwwwh. Tak sangka saya dah berjaya habiskan Queen Series. Dari Yuki saaaampai la ke Malika. Mashallah what a wonderful experience *eee over giler minah ni hahah. Tak tahu pasaipa bila nak mula baca Malika rasa sedih jap. Hahaha maybe sebab saya tahu saya akan say byebye๐Ÿ‘‹ to Yuki, Hud, Chronos, Althea, Hilde, Noah dan anak-anak mereka. Ini kira last la kan dorang jadi cameo dalam Malika.

Saya mulakan dulu macam biasa dengan sinopsis buku ni okay. . .

Malika ni tentang perempuan bernama Malika (Mal) yang sebenarnya telah dijual kepada Loey (orang Hilde). Semasa sebelum Malika dijual, dia berkawan dengan seorang perempuan bernama Laila. Laila ni masa tu tengah mengandung. Kiranya Malika dan Laila ni tunggu masa je nak kena beli dengan sesiapa. Bila Malika dibeli oleh lady boss Hilde, masa tu Liam (lelaki yang membeli Laila) datang dengan mengatakan Laila telah meninggal dan dia tinggalkan seorang bayi perempuan. Disebabkan Mal ni rasa kasih dan sayang terhadap kawannya Laila, maka dia membesarkan Alana (anak perempuan Laila) bersama dengan Liam. Kiranya Liam, Mal dan Alana (anak Laila) tinggal bersama tetapi environment Liam ni sangat la tak sesuai untuk seorang anak perempuan kecil dibesarkan sebab Liam ni taikun dadah. Tapi cerita Malika bukan takat situ sebab sebenarnya ada dendam yang perlu ditunaikan. Malika ni dijual pun sebab dia tiada sesiapa lagi dalam dunia ni. Sebelum kakaknya mati dibunuh oleh tunangnya sendiri, Malika hanya ada kakaknya. Ibu bapa mereka pun telah meninggal dunia.

Phewwww panjang gila ek sinopsis hahah. Saya harap ni bukan spoiler ek๐Ÿ˜ฉ.

Mula-mula bila baca dari puteri ke permaisuri di cover buku, saya ingatkan sebab karakter Malika ni betul-betul macam puteri. Bayangkan dia dibesarkan dan ditatang bagai seorang puteri, kemudian kematian parentsnya lepastu pula Kris datang menjadi penyelamat bagai knight in shining armour. Kan dah macam dalam cerita Disney princess tu. Eh tapi kalau diikutkan memang Malika sebenarnya seorang puteri.                           

J e n g j e n g j e n g ๐Ÿ‘€

Saya fikir mungkin Malika akan menjadi seorang Queen yang badass macam Yuki, Scarlet dan Hilde. Ketiga-tiga orang Queen ni macam ada power dan empire sendiri tapi nope, Malika bukan macam tu. Dia ada cara berlawan dia tersendiri. Of course Malika ada sisi badass yang tersendiri. And the moment Malika diangkat jadi seorang Queen heheheh. Korang kena la baca sendiri. Berbunga-bunga ya hati ni๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ. 

Karakter Malika ni saya boleh simpulkan dengan:

๐Ÿ”ซ Dia takda kuasa dan pengaruh macam Yuki, Scarlet dan Hilde.

๐Ÿ”ซ Tapi dia mahir dalam menggunakan pistol! Bang bang๐Ÿ’ฅ

 Ada satu scene dimana dia boleh je tembak lelaki like aimed directly to his heart tapi dia taknak. Sebab dia masih ada hati dan akal yang waras. Dia taknak kotorkan tangannya. 

๐Ÿ”ซ Ibu yang penyayang.

Walaupun dia tahu Alana tu bukan anak dia tapi dia besarkan Alana dengan penuh kasih sayang sepertimana sepatutnya kanak-kanak membesar. Dia cuba jadi ibu yang baik. Malah dia sanggup korbankan nyawa dia untuk Alana. Ya Allah watak Alana pun. Alahaiii comel dan pandainya. Anak pinterrrr.

๐Ÿ”ซ Nekad.

Dia tahu apa dia nak. Kadang dia ni main aci redah je. Kris pun cakap dia ni takda plan hahah. 

Adakah sampai situ sahaja? Oh tidak yaaaa. Macam biasa buku KakSyu mesti ada plotwist sampai kepala kita pun terteleng-teleng. Dendam, pengkhianatan, jealousy. Tiga benda ni memang ada dalam semua buku Queen Series. Yep, pengkhianatan yang paling sakit semestinya datang dari orang yang kita tak jangka dan paling kita rapat. Hanya disebabkan cemburu yang tidak berkesudahan habis semua nyawa ditarik. Matikan orang macam matikan ayam. Geram kan?

Eh lupa pula nak cerita pasal watak Kris kan hahah. Tak tahu nape tapi Kris dalam Scarlet lagi hot dan daring hahaha. Maybe sebab masa tu macam ada cinta tiga segi. Jujur shakap saya suka Kris dalam Scarlet berbanding dengan Malika๐Ÿ˜š. Tapi saya suka bila Kris mula perlahan-lahan berubah sebab Malika dan Alana. Perubahan yang bagus iaitu kearah kebaikan. Saya suka bila Kris yang kejung, beku tu boleh cair dengan telatah comel dan polos Alana. Kita semua tahu backstory Kris pasal apa. His dark past. Saya suka sangat Kris dapat kebahagiaan dia. 

Akhir sekali, saya suka the whole series of Queen Series ni. Saya target nak baca Princess series pula lepasni tapi kena tunggu kakSyu reprint dan buka order untuk semua buku sebabnya saya tak suka beli dan baca kalau tak series tu tak complete. Kadang kita ni bukan penyabar wak๐Ÿ™Š

". . .dari seorang lelaki, kepada seorang wanita. Sebagai seorang suami kepada isteri dia. Jangan tinggalkan aku. Terima aku, Malika" - mak aiiiii cair dia sampai kesini ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜๐Ÿ’˜

Okay itu sahaja, bye!

p/s: dah sampai separuh buku baru sedar Malika ni relate dengan princess yang mana hahaha padahal masa movie tu ditayangkan saya repeat tengok banyak kali kot eyyyy


Thursday, January 16, 2025

Review: Hilde๐ŸŽ

 

Tajuk: Hilde
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy
Muka surat: 659 muka surat

Hai dan hello!

Finally! It's Noah turn wuhooooo. Kali ni saya nak review pasal buku Hilde.

First of all, Hilde ni pasal apa?
Kalau sesiapa yang tak baca lagi pasal Yuki dan Scarlet, kena baca! Sebab bagi saya, plot dorang sangat-sangat-sangat berkait. Kalau skip one book, okay sahaja tapi mesti macam tak best sebab ada feeling macam l o s t and blur lepastu bila baca Yuki, dah macam tak suprise pulak dah sebab dah pernah jumpa Yuki dalam Hilde.  Kalau tak baca Scarlet dulu, you will be missing like half of the plot. Btw, Yuki dan Scarlet pun ada cameo tau dalam Hilde. hehe๐Ÿ˜š

Buku ni ada seseorang yang telah menelefon Noah minta untuk diselamatkan. As we all know, Noah kan bekerja dengan Yuki dan sampai sekarang he devoted his life for AJNIN. Jadinya, bila someone call dia untuk diselamatkan, Noah terus bergegas. Seseorang itu adalah Cempaka. Yep, salah seorang client AJNIN yang minta diselamatkan. Oleh siapa? Hilde! Dalam bahasa pasarnya, Hilde ni I would call her mak hayam๐Ÿ˜‚. Tapi Hilde kot. Bukan mak ayam beshe-beshe ek. Hehe. Bila dah selalu kena berurusan dengan Hilde, what do you expect? Mesti la ada something happened between Noah dan Hilde kannnn *smirk*

Sebenarnya la kan, waktu awal-awal baca Hilde ni saya rasa macam lost sparks sekejap. Dia macam tak se-excited macam saya tengah baca Yuki and Scarlet. Buku ni pun ambil masa lama gak saya nak habis....like 7 hari (?) Don't get me wrong, saya suka je plot Hilde ni. Hilde ni bagi saya badass, protective towards her women, mulut pun cam laser cakap lepas. Heroin-heroin dalam Queen Series ni semua macam tu eh. Dari ke Yuki, Scarlet sampai la si Hilde ni. Tapi! nasib kali ni berpartner dengan Noah. Sebab Noah ni sangat tenang dan cool. Chill guy orang kata. Depa dua ni macam air dan api. Takdalah nak kata Hilde ni kasar sangat. Saya rasa Althea tu lagi kasar. Mungkin saya tak suka tengok Noah yang tenang tu asyik kena bidas je dengan Hilde.

Dan saya tak expect cerita Hilde ni akan berkisar dari buku-buku sebelum ni tetapi kisah Hilde dan Scarlet sangat berkait rapat ya. Dalam Scarlet, saya happy dengan ending dan closure untuk setiap watak. Tapi bila macam ada isu yang sama berkait, ada timbul sikit rasa boring

Macam biasa penulisan dan penceritaan kakSyu sangat chef kiss๐Ÿ’‹. Awal lagi memang dah tak berkenan dengan perangai si Hilde ni sebab dia "mak ayam" wei. Dia ada buka pusat pelacuran dan spa. Dia "beli" pekerja-pekerja dia dari supplier. Yep, they really had supplier for this. Geli mengenangkan itu tapi dia sangat-sangat bertanggungjawab dan protective dengan pekerja dia. Dia hormat mereka sebagai seorang wanita. Kalau dia tahu ada client dia paksa atau cederakan dorang, memang habis la kena tibai dengan si Hilde ni. 

Walau se-badass Hilde ni, dia pun manusia biasa yang tak lari dari trauma. Masa saya dapat tahu trauma dia masa kecil tu saya macam "Wei kesiannya kau ni...." tapi bila tahu puncanya tu saya cam "Ko gila ke? Bapak ahhh. Sampai hati buat macam tu!" Ha sampai macam tu sekali ya. Dahlah dia hilang kawan satu operasi dia lepastu bila dapat tahu keluarga sendiri tikam belakang dia lagi la rasa hilang akal.

Mujur ada Noah yang tenang hahah. Dalam Hilde baru dapat tengok lelaki propose perempuan. Kalau dalam Scarlet dan Yuki, depa dua yang ajak kahwin dulu. Saya rasa saya memang tak boleh lari dari mengagumi lelaki fiksyen ciptaan Syu Ariani๐Ÿ˜†. Bila dah kahwin, Noah berjaya buat Hilde menjadi seekor kucen oyen hahah sebelum ni garang cam bapak rimau! Priority Hilde pun rasanya dah berubah. Bukan sahaja protective dengan pekerja dia tapi juga dengan Noah. Hilde be like "Awas!!! siapa yang tenung laki aku yaaaa๐Ÿ˜ " Paling suka scene makan epal dengan Cempaka. Eyyyyy Cempaka ni pun satu. Rasa nak debik-debik je.

Apa lagi eh? Hahaha rasa macam banyak yapping je ni dari review. Maaflah saya ni bukan pro review๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ.

Overall, saya suka je buku ni tapi experience membaca saya tak se-best macam mana saya baca Scarlet dan Yuki. Dalam Hilde pun ada some scene yang boleh buat saya geli dan tak selesa tapi still bearable antaranya:

1. Ada cerita pasal Hazel, kawan Hilde.
2. Perempuan-perempuan yang dibeli, kemudian dipaksa bekerja. (don't worry, tiada kekerasan berlaku kecuali bila perlu)
3. Trauma Hilde dan abang-abangnya. (Gerammmmm)
4. Scene Ava kena culik tu!


Jangan invalidate perasaan aku. Jangan nafikan rasa marah dan kecewa aku cuma kerana amarah kau dah terpadam - mannnn I love this!๐Ÿ’”


Okay itu sahaja, bye!

p/s: and so....proceed to the next and the last book from Queen Series๐Ÿ˜•

Wednesday, January 08, 2025

Review: Scarlet

 

Tajuk: Scarlet
Penulis: Syu Ariani
Penerbit BLEU Fantasy Publication
Muka surat: 657 muka surat

Hai dan Hello!

Boleh tak kali ni takda mukadimah macam biasa sebab perut saya tengah sebu sekarang ni haha tapi saya gigih dan NAK jugak menaip review untuk Scarlet sebab saya berjaya habiskan dalam masa 3 hari. 3 hari untuk buku yang 600+ pages?! Pecah rekod hahaha.

Ayuhhhh!

"Scarlet ni tentang apa?"

Buku ni awal-awal dah masuk scene Althea kena culik oleh Chronos. Chronos ni pemilik Time iaitu sebuah kelab malam yang terkenal. Tujuan Chronos culik Althea cuma satu: untuk menjadikan Althea sebagai umpan supaya Scarlet serahkan Underland iaitu kelab malam milik Scarlet yang lagi terkenal dari Time. Tapi asal Chronos ni culik Althea? Apa kena mengena? Sebab Althea ni merupakan adik Scarlet. Bila Althea ni diculik, dia ditempatkan dalam bilik bawah tanah bagunan Time dan tiada siapa dapat akses masuk kecuali Chronos dan beberapa orang. Kalau dah duduk situ mesti akan terjadi sesuatu kan? hehe here we goes~

Mashallah...

Cerita Scarlet ni kan buat otak saya berpusing tapi saya suka. Ia macam ada vibes cerita dalam Netflix. Dark, gore, ada romance, ada part cam ewww, bila selak lagi perkataan GILA terpacul dari mulut saya. 

Dear kakSyu, awak memang seorang yang berbakat๐Ÿ’—

Di permulaan cerita Scarlet ni buatkan hati saya betul-betul-betul tersentuh dengan cara layanan Chronos terhadap Althea. Bukan tersentuh terharu ke apa tapi tersentuh yang sedih, sebak dan ada sikit hiba. You know that warm feeling. Tapi bukan sebab jatuh cinta ke apa tapi sebab cara Chronos treat Althea tu macam melampau. Melampau tu bukannya dia ada paksa Althea buat benda tak elok luar tabii alam ke apa tapi dia sangat tak hormat Althea sebagai seorang perempuan. Ishhh kan geram tu? Tapi korang ingat Althea tu gadis lemah ke? Tidak yaaaa. Dia melawan balik wei bahaha mulut dia tu boleh mendatangkan masalah di kemudian hari (ps/: ni Kris pun cakap benda yang sama) Althea ni bukan perempuan tipikal! Tetiba teringat Althea marah betul dorang dok cop dia perempuan tipikal. Ampun ye hahah๐Ÿ˜†

Ketahuilah korang bahawa kalau Chronos dah jatuh cinta, dunia ni boleh terbalik berpusing. Chronos yang garang boleh jadi softie? Hahaha. Baru kau tahu Chronos๐Ÿ˜. Ini tanda-tanda orang yang dah jatuh sayang tapi indenial: *faham-faham jela saya mengata siapa

✔ Bila nampak perempuan dia sayang menangis, hati dia rasa sakit juga.

✔ Bila tahu perempuan yang dia sayang kena buli, dia jadi auto protective.

✔ Bila nampak kawan baik dia mula rapat, mata dia bertukar jadi laser macam Cyclops dalam cerita X-men.

✔ Bila nampak perempuan yang dia sayang terluka, mula gabra tak tentu arah. 

"Takkan cerita pasal dua manusia ini sahaja?"

Eh tidakkkk. Kalau siapa yang dah baca Yuki, dia punya level gore ke apa macam boleh tolerate. Yuki tu sedingin-dingin dia, saya admire dia sebab dia sangat bijak dan tenang. Tapi Scarlet ni banyak main emosi. Antara perkara atau nilai yang ada dalam buku ni: family, revenge, sisterhood, dan kalau dalam Yuki kita ada double deal tapi dalam Scarlet kita ada double cross. Sakit sangat. Kena tikam like the real kena tikam dengan orang yang paling kita tak sangka. 

Watak villain tu kan mula-mula saya ingat dia tak penting haha. Boleh pandang sebelah mata je rupanya dia paling syaitonnirajim, paling layak dihumban ke dalam loji kumbahan dan rasa nak benam dalam Tasik Shah Alam ni ha. Dia punya level geram tu, selevel jijik gila wei. Nak penghujung cerita banyak sangat bermain dengan emosi. Saya tak rasa sedih masa scene Althea dan Chronos tapi saya sedih waktu Scarlet dan adik dia. Punyalah dia sayang gila adik dia tu. Paling mencengkam part *mimpi* tu. huhuhu. Nasib saya boleh tidur lena, kalau tak saya ganggu penulis dan claim bil terapi hahah๐Ÿ˜†

Akhir kata, *cewahhh* plot Scarlet memang best. Cara penulis susun plot sangat mudah difahami dan tak messy dan ada benda-benda kecil macam clue or hint untuk bawa kita semua teka siapa Scarlet. KakSyu dah lama rancang, kita semua je yang lalai. Penutup buku yang manis, saya lega, saya happy and OH! ada juga scene Yuki sikit hehe. 


"Diamlah, aku nak selamatkan suami aku" - hahah my favourite words๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜‹


Okay itu sahaja, bye!


p/s: weiiiiiii saya suka gila dengan nama sebenar Chronos hihihihihihik *gelak gediks*


Saturday, January 04, 2025

Review: Yuki

Hai dan Hello

Macam biasa saya disini nak menulis review tentang buku dan kalini Yuki karya Syu Ariani.

Tajuk: Yuki
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Muka surat: 600 muka surat


*berjalan ke rak buku dan ambil buku Yuki sambil belek-belek kemudian kembali duduk depan pc dekstop*

Buku ni pasal apa?

Buku ni tentang seorang wanita bernama Yuki yang mengetuai syarikat bernama AJNIN yang menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi. Kalau dah nama pun tawarkan servis 'bodyguard', klien-klien mereka datang dari golongan VIP. Tapi itu hanya satu sisi AJNIN, di sisi lain pula AJNIN menerima arahan ataupun tawaran bu*uh dari sesiapa sahaja asalkan bayarannya setimpal dan lumayan. Tapi pada Yuki, selama dia mengetuai AJNIN dan didampingi Noah (orang kuat Yuki), Yuki tidak pernah mengotorkan tangannya dengan membu*uh. Malah, dia menawarkan "double deal". Cerita bermula 15 tahun yang lalu, Yuki diberi arahan untuk membu*uh seseorang tapi Yuki lepaskan seseorang tersebut tanpa mengenakan double deal. Benda jadi rumit bila seseorang tu tiba-tiba munculkan diri dengan fizikal dan wajah yang baru. Seseorang itu ialah Hud atau nama barunya Ijlaal sebagai penyanyi terkenal kesayangan ramai. Ijlaal kembali semula untuk mencari orang yang arahkan Yuki untuk bu*uh dia.


Okay saya mula dulu dengan apa yang saya suka tentang buku ni:

❅Fizikal buku:

Cover buku yang cantik, simple macam watak Yuki tu sendiri
Floppy jugak. Senang je nak buka. So far buku-buku dari BF semua floppy.

❅Watak:

Yuki - Yuki ni bila permulaan saya baca rasa macam takut-takut juga dengan watak dia sebab Prolog je dah ada sesi kejar-mengejar dengan budak montel tu๐Ÿ‘€ tapi bak kata orang "sedingin mana pun seseorang itu, pasti akan cair" (seseorang sapa tah hahah saya main petik je). Nak cakap yang character Yuki ni jenis dingin, serius, nampak dia punya komited dengan AJNIN. apa-apa mesti dahulukan kepentingan untuk AJNIN. Bila dia ambil alih AJNIN dari Nat, Yuki ubah banyak polisi dalam AJNIN. Saya respect dengan watak Yuki.
Hud - Hud pula saya boleh faham dan kesian sebenarnya jadi dia. Bayangkan kau dah takda sesiapa dalam dunia ni tapi still ada orang nakkan kau lenyap dari dunia semata sifat tamak haloba. Kesian jadi Hud. Dia bangkit sorang diri di tempat asing. Kalau saya jadi Hud pun saya nak tahu dan nak cari juga orang tu. Like aku ada banyak benda nak cerita. Jom la open table๐Ÿ˜ค. tiberrrr

❅Storyline:

Ths is definitely something different from KakSyu. Saya ada baca review di GR yang rata-rata cakap Princess Series lagi best. Tapi bagi saya Yuki pun dah best. Tiber rasa tak sabar nak dapatkan Princess Series huhu. Saya baca DH dan CuSL. Both books tu genre dia romance. Kalau CuSL tu macam second-chance romance and mature relationship. Tapi bila baca Yuki ni saya macam wow Syu Ariani ke yang tulis buku ni? hahaha๐Ÿ˜š. Jujur cakap, sebelum mula baca Yuki kan, saya takut sangat kalau takda romance dalam buku ni hahaha sebab kot mana pun saya suka ada bau-bau romance walaupun buku tu genrenya thriller or psiko. Tapi Hud Asyraaf punya sweet talk boleh level-level teh ais mamak favourite saya hahah manis!

Buku ni takda pun gore ke sesi bu*uh-membu*uh cuma ada la babak tikam-menikam dan aksi lawan-lawan tapi bagi saya okay je sebab karakter Yuki tu sendiri macam tu. Dia bukan dibesarkan dengan didikan normal dibelai ditimang dimanja-manjakan macam anak orang lain. Dari kecil dia dilatih untuk berlawan. Jadi kepakaran dia berlawan dan menggunakan alatan mempertahankan diri.

Sepanjang baca buku ni, saya banyak kali duk teka siapa la orang jahat dalam ni. Kalau boleh semua saya tembak rambang! Siapa yang nakkan Hud lenyap? Siapa yang hantar barang tak elok? Bila dah tahu macam ek elehhhhhh. hahaha geram ek gerammmz. Kan ada orang cakap "keep your friends close and your enemies closer" ha faham-faham la saya tengah mengata siapa๐Ÿ˜†. Disebabkan banyak hint macam tertuju pada orang yang sama rupanya bukan.

Boleh pula nak hujung-hujung rasa macam ada orang ragut tangkai hati ni๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ญ. Saya sebak and terasa bila sampai part Remy. Saya sedih okay hahaha. Terima kasih kakSyu sebab bagi backstory sikit pasal Remy. Sebenarnya saya ingat Remy tu adalah Hud (teori saya mengatakan yang Hud ada penyakit DID) tapi takpalah, itu pun dah buat saya mengeluarkan dua titik air mata.

Kesimpulannya, ini yang saya suka tentang buku Yuki:

๐Ÿ’™ Terms double-deal. how AJNIN works, ada sisi gelap sisi putih. saya suka!

Double deal kira macam ada muslihat lain di sebalik satu muslihat tu. Contoh: kalau dalam business, pembekal ayam kata nak bagi harga special untuk 2 kedai runcit yang bersaing iaitu kedai runcit A dan B. tapi sebenarnya dalam masa yang sama kedai runcit A dan B dapat harga special yang sama je. Takda pun special ke apa tanpa dorang tahu.

๐Ÿ’™ Watak Yuki. dingin tapi dengan orang yang tepat hati dia boleh cair. tetiba cam ada vibes manhwa.

๐Ÿ’™ Part Remy. Serius cakap, saya tersentuh. saya suka ada backstory masa Hud dan Remy di Indon dan scene masa Hud say last Goodbye to Remy๐Ÿ˜” (*gigit bucu bantal sebab cedih*)

๐Ÿ’™ Everyone has their own closure. Uncle Wafi, Uncle Zali, Leyka, Remy, Nat jap jap kecuali Noah hahaha takpalah Noah akan dapat juga dia punya cerita kan nanti?๐Ÿ˜


"...Semua manusia akan jadi syaitan kalau membabitkan duit dan nafsu" - well enough said


Okay itu sahaja, bye!


Salam Tahun Baru dan saya nak baca buku...

Hai dan Hello!

Selamat Tahun Baru untuk sesiapa yang berjaya sampai ke sini ehehe. Azam tahun baru saya banyakkk like banyak gila tapi kalau untuk hobi membaca saya, saya dah letak di sebelah kiri blog dibawah tajuk Wishlist 2025. Inshallah kita hanya mampu merancang, tapi dengan izin Allah yang menentukan๐Ÿ’“.

Sebenarnya kan salah satu wishlist saya kan, saya nak start baca dan habiskan Queen Series dari kak Syu Ariani. Tahu tak, saya beli kombo Yuki, Scarlet dan Hilde sekali masa kak Syu open order untuk Hilde. Tapi, saya tak start baca lagi sebab rupanya penutup Queen Series ni bukan sampai Hilde tapi Malika. Punyalah taknak baca dulu sebab nak tunggu complete Queen Series hehe๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ.

Saya excited gak sebenarnya nak baca Queen Series ni sebab penulisan kak Syu dalam ni berbeza genre dari sebelum-sebelum ni (ni kakSyu yang cakap haha). Saya mula baca karya kak Syu dari Di Hatiku. Masa tu BLEU Fantasy Publication (publisher bawah kak Syu Ariani) collab dengan Inkloaf. Dan saya ingat lagi ya, itu collab kedua inkloaf dengan penulis.

Untuk buku Di Hatiku, saya suka. Saya tak letak expectation apa-apa masa baca buku DH. Konflik pun saya rasa macam tak berat sangat. Eh entahlah rasa macam dah ingat-ingat lupa sebab saya baca buku tu like 2 tahun lepas  ke tahun lepas (?)



Now bila saya dah ada complete Queen Series saya berazam nak baca dan habiskan sampai buku Malika. Walaupun satu buku tu 600 muka surat (mashallah tabarakallah sadaqallah) haha sebab saya dengan buku-buku tebal ni kurang sikit. Saya takut terkena reading slump je lepas habis baca. Sebab tu jadi auto azam 2025 nak habiskan Queen Series. Saya harap saya tak kiok hahah. 

Oh bukan itu sahaja. saya nak baca juga Set Impiana by Ain Maisarah. Weiii buku-buku Impiana saya tu masih kekal selamat mereka tidur dalam box set hitam tu. Yaaaaa saya beli set impiana tu tau! Gigih sebab Ain Maisarah tu kira macam childhood author saya. Ingat lagi waktu sekolah dulu, saya dan kawan-kawan baca buku Ain Maisarah yang Aku Mau tu. Kitorang baca pass-pass macam lari baton. Masa baca buku Impiana, saya tak sempat nak habis baca sampai last book sebab apa tah. Again, tak ingat hahaha maap shakap, memori 1gb je๐Ÿ˜….

Okay itu je, selamat tahun baru semua orang! Semoga kita semua jadi manusia versi yang terbaik dari kita yang sebelum-sebelum ini. 


Bye.