Hai dan Hello!
Boleh tak kali ni takda mukadimah macam biasa sebab perut saya tengah sebu sekarang ni haha tapi saya gigih dan NAK jugak menaip review untuk Scarlet sebab saya berjaya habiskan dalam masa 3 hari. 3 hari untuk buku yang 600+ pages?! Pecah rekod hahaha.
Ayuhhhh!
"Scarlet ni tentang apa?"
Buku ni awal-awal dah masuk scene Althea kena culik oleh Chronos. Chronos ni pemilik Time iaitu sebuah kelab malam yang terkenal. Tujuan Chronos culik Althea cuma satu: untuk menjadikan Althea sebagai umpan supaya Scarlet serahkan Underland iaitu kelab malam milik Scarlet yang lagi terkenal dari Time. Tapi asal Chronos ni culik Althea? Apa kena mengena? Sebab Althea ni merupakan adik Scarlet. Bila Althea ni diculik, dia ditempatkan dalam bilik bawah tanah bagunan Time dan tiada siapa dapat akses masuk kecuali Chronos dan beberapa orang. Kalau dah duduk situ mesti akan terjadi sesuatu kan? hehe here we goes~
Mashallah...
Cerita Scarlet ni kan buat otak saya berpusing tapi saya suka. Ia macam ada vibes cerita dalam Netflix. Dark, gore, ada romance, ada part cam ewww, bila selak lagi perkataan GILA terpacul dari mulut saya.
Dear kakSyu, awak memang seorang yang berbakat💗
Di permulaan cerita Scarlet ni buatkan hati saya betul-betul-betul tersentuh dengan cara layanan Chronos terhadap Althea. Bukan tersentuh terharu ke apa tapi tersentuh yang sedih, sebak dan ada sikit hiba. You know that warm feeling. Tapi bukan sebab jatuh cinta ke apa tapi sebab cara Chronos treat Althea tu macam melampau. Melampau tu bukannya dia ada paksa Althea buat benda tak elok luar tabii alam ke apa tapi dia sangat tak hormat Althea sebagai seorang perempuan. Ishhh kan geram tu? Tapi korang ingat Althea tu gadis lemah ke? Tidak yaaaa. Dia melawan balik wei bahaha mulut dia tu boleh mendatangkan masalah di kemudian hari (ps/: ni Kris pun cakap benda yang sama) Althea ni bukan perempuan tipikal! Tetiba teringat Althea marah betul dorang dok cop dia perempuan tipikal. Ampun ye hahah😆
Ketahuilah korang bahawa kalau Chronos dah jatuh cinta, dunia ni boleh terbalik berpusing. Chronos yang garang boleh jadi softie? Hahaha. Baru kau tahu Chronos😝. Ini tanda-tanda orang yang dah jatuh sayang tapi indenial: *faham-faham jela saya mengata siapa
✔ Bila nampak perempuan dia sayang menangis, hati dia rasa sakit juga.
✔ Bila tahu perempuan yang dia sayang kena buli, dia jadi auto protective.
✔ Bila nampak kawan baik dia mula rapat, mata dia bertukar jadi laser macam Cyclops dalam cerita X-men.
✔ Bila nampak perempuan yang dia sayang terluka, mula gabra tak tentu arah.
"Takkan cerita pasal dua manusia ini sahaja?"
Eh tidakkkk. Kalau siapa yang dah baca Yuki, dia punya level gore ke apa macam boleh tolerate. Yuki tu sedingin-dingin dia, saya admire dia sebab dia sangat bijak dan tenang. Tapi Scarlet ni banyak main emosi. Antara perkara atau nilai yang ada dalam buku ni: family, revenge, sisterhood, dan kalau dalam Yuki kita ada double deal tapi dalam Scarlet kita ada double cross. Sakit sangat. Kena tikam like the real kena tikam dengan orang yang paling kita tak sangka.
Watak villain tu kan mula-mula saya ingat dia tak penting haha. Boleh pandang sebelah mata je rupanya dia paling syaitonnirajim, paling layak dihumban ke dalam loji kumbahan dan rasa nak benam dalam Tasik Shah Alam ni ha. Dia punya level geram tu, selevel jijik gila wei. Nak penghujung cerita banyak sangat bermain dengan emosi. Saya tak rasa sedih masa scene Althea dan Chronos tapi saya sedih waktu Scarlet dan adik dia. Punyalah dia sayang gila adik dia tu. Paling mencengkam part *mimpi* tu. huhuhu. Nasib saya boleh tidur lena, kalau tak saya ganggu penulis dan claim bil terapi hahah😆
Akhir kata, *cewahhh* plot Scarlet memang best. Cara penulis susun plot sangat mudah difahami dan tak messy dan ada benda-benda kecil macam clue or hint untuk bawa kita semua teka siapa Scarlet. KakSyu dah lama rancang, kita semua je yang lalai. Penutup buku yang manis, saya lega, saya happy and OH! ada juga scene Yuki sikit hehe.
"Diamlah, aku nak selamatkan suami aku" - hahah my favourite words😘😋
Okay itu sahaja, bye!
p/s: weiiiiiii saya suka gila dengan nama sebenar Chronos hihihihihihik *gelak gediks*
No comments:
Post a Comment