Saturday, January 04, 2025

Review: Yuki

Hai dan Hello

Macam biasa saya disini nak menulis review tentang buku dan kalini Yuki karya Syu Ariani.

Tajuk: Yuki
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy Publication
Muka surat: 600 muka surat


*berjalan ke rak buku dan ambil buku Yuki sambil belek-belek kemudian kembali duduk depan pc dekstop*

Buku ni pasal apa?

Buku ni tentang seorang wanita bernama Yuki yang mengetuai syarikat bernama AJNIN yang menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi. Kalau dah nama pun tawarkan servis 'bodyguard', klien-klien mereka datang dari golongan VIP. Tapi itu hanya satu sisi AJNIN, di sisi lain pula AJNIN menerima arahan ataupun tawaran bu*uh dari sesiapa sahaja asalkan bayarannya setimpal dan lumayan. Tapi pada Yuki, selama dia mengetuai AJNIN dan didampingi Noah (orang kuat Yuki), Yuki tidak pernah mengotorkan tangannya dengan membu*uh. Malah, dia menawarkan "double deal". Cerita bermula 15 tahun yang lalu, Yuki diberi arahan untuk membu*uh seseorang tapi Yuki lepaskan seseorang tersebut tanpa mengenakan double deal. Benda jadi rumit bila seseorang tu tiba-tiba munculkan diri dengan fizikal dan wajah yang baru. Seseorang itu ialah Hud atau nama barunya Ijlaal sebagai penyanyi terkenal kesayangan ramai. Ijlaal kembali semula untuk mencari orang yang arahkan Yuki untuk bu*uh dia.


Okay saya mula dulu dengan apa yang saya suka tentang buku ni:

❅Fizikal buku:

Cover buku yang cantik, simple macam watak Yuki tu sendiri
Floppy jugak. Senang je nak buka. So far buku-buku dari BF semua floppy.

❅Watak:

Yuki - Yuki ni bila permulaan saya baca rasa macam takut-takut juga dengan watak dia sebab Prolog je dah ada sesi kejar-mengejar dengan budak montel tu๐Ÿ‘€ tapi bak kata orang "sedingin mana pun seseorang itu, pasti akan cair" (seseorang sapa tah hahah saya main petik je). Nak cakap yang character Yuki ni jenis dingin, serius, nampak dia punya komited dengan AJNIN. apa-apa mesti dahulukan kepentingan untuk AJNIN. Bila dia ambil alih AJNIN dari Nat, Yuki ubah banyak polisi dalam AJNIN. Saya respect dengan watak Yuki.
Hud - Hud pula saya boleh faham dan kesian sebenarnya jadi dia. Bayangkan kau dah takda sesiapa dalam dunia ni tapi still ada orang nakkan kau lenyap dari dunia semata sifat tamak haloba. Kesian jadi Hud. Dia bangkit sorang diri di tempat asing. Kalau saya jadi Hud pun saya nak tahu dan nak cari juga orang tu. Like aku ada banyak benda nak cerita. Jom la open table๐Ÿ˜ค. tiberrrr

❅Storyline:

Ths is definitely something different from KakSyu. Saya ada baca review di GR yang rata-rata cakap Princess Series lagi best. Tapi bagi saya Yuki pun dah best. Tiber rasa tak sabar nak dapatkan Princess Series huhu. Saya baca DH dan CuSL. Both books tu genre dia romance. Kalau CuSL tu macam second-chance romance and mature relationship. Tapi bila baca Yuki ni saya macam wow Syu Ariani ke yang tulis buku ni? hahaha๐Ÿ˜š. Jujur cakap, sebelum mula baca Yuki kan, saya takut sangat kalau takda romance dalam buku ni hahaha sebab kot mana pun saya suka ada bau-bau romance walaupun buku tu genrenya thriller or psiko. Tapi Hud Asyraaf punya sweet talk boleh level-level teh ais mamak favourite saya hahah manis!

Buku ni takda pun gore ke sesi bu*uh-membu*uh cuma ada la babak tikam-menikam dan aksi lawan-lawan tapi bagi saya okay je sebab karakter Yuki tu sendiri macam tu. Dia bukan dibesarkan dengan didikan normal dibelai ditimang dimanja-manjakan macam anak orang lain. Dari kecil dia dilatih untuk berlawan. Jadi kepakaran dia berlawan dan menggunakan alatan mempertahankan diri.

Sepanjang baca buku ni, saya banyak kali duk teka siapa la orang jahat dalam ni. Kalau boleh semua saya tembak rambang! Siapa yang nakkan Hud lenyap? Siapa yang hantar barang tak elok? Bila dah tahu macam ek elehhhhhh. hahaha geram ek gerammmz. Kan ada orang cakap "keep your friends close and your enemies closer" ha faham-faham la saya tengah mengata siapa๐Ÿ˜†. Disebabkan banyak hint macam tertuju pada orang yang sama rupanya bukan.

Boleh pula nak hujung-hujung rasa macam ada orang ragut tangkai hati ni๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ญ. Saya sebak and terasa bila sampai part Remy. Saya sedih okay hahaha. Terima kasih kakSyu sebab bagi backstory sikit pasal Remy. Sebenarnya saya ingat Remy tu adalah Hud (teori saya mengatakan yang Hud ada penyakit DID) tapi takpalah, itu pun dah buat saya mengeluarkan dua titik air mata.

Kesimpulannya, ini yang saya suka tentang buku Yuki:

๐Ÿ’™ Terms double-deal. how AJNIN works, ada sisi gelap sisi putih. saya suka!

Double deal kira macam ada muslihat lain di sebalik satu muslihat tu. Contoh: kalau dalam business, pembekal ayam kata nak bagi harga special untuk 2 kedai runcit yang bersaing iaitu kedai runcit A dan B. tapi sebenarnya dalam masa yang sama kedai runcit A dan B dapat harga special yang sama je. Takda pun special ke apa tanpa dorang tahu.

๐Ÿ’™ Watak Yuki. dingin tapi dengan orang yang tepat hati dia boleh cair. tetiba cam ada vibes manhwa.

๐Ÿ’™ Part Remy. Serius cakap, saya tersentuh. saya suka ada backstory masa Hud dan Remy di Indon dan scene masa Hud say last Goodbye to Remy๐Ÿ˜” (*gigit bucu bantal sebab cedih*)

๐Ÿ’™ Everyone has their own closure. Uncle Wafi, Uncle Zali, Leyka, Remy, Nat jap jap kecuali Noah hahaha takpalah Noah akan dapat juga dia punya cerita kan nanti?๐Ÿ˜


"...Semua manusia akan jadi syaitan kalau membabitkan duit dan nafsu" - well enough said


Okay itu sahaja, bye!


No comments: