Saturday, January 04, 2025

Salam Tahun Baru dan saya nak baca buku...

Hai dan Hello!

Selamat Tahun Baru untuk sesiapa yang berjaya sampai ke sini ehehe. Azam tahun baru saya banyakkk like banyak gila tapi kalau untuk hobi membaca saya, saya dah letak di sebelah kiri blog dibawah tajuk Wishlist 2025. Inshallah kita hanya mampu merancang, tapi dengan izin Allah yang menentukan💓.

Sebenarnya kan salah satu wishlist saya kan, saya nak start baca dan habiskan Queen Series dari kak Syu Ariani. Tahu tak, saya beli kombo Yuki, Scarlet dan Hilde sekali masa kak Syu open order untuk Hilde. Tapi, saya tak start baca lagi sebab rupanya penutup Queen Series ni bukan sampai Hilde tapi Malika. Punyalah taknak baca dulu sebab nak tunggu complete Queen Series hehe👉👈.

Saya excited gak sebenarnya nak baca Queen Series ni sebab penulisan kak Syu dalam ni berbeza genre dari sebelum-sebelum ni (ni kakSyu yang cakap haha). Saya mula baca karya kak Syu dari Di Hatiku. Masa tu BLEU Fantasy Publication (publisher bawah kak Syu Ariani) collab dengan Inkloaf. Dan saya ingat lagi ya, itu collab kedua inkloaf dengan penulis.

Untuk buku Di Hatiku, saya suka. Saya tak letak expectation apa-apa masa baca buku DH. Konflik pun saya rasa macam tak berat sangat. Eh entahlah rasa macam dah ingat-ingat lupa sebab saya baca buku tu like 2 tahun lepas  ke tahun lepas (?)



Now bila saya dah ada complete Queen Series saya berazam nak baca dan habiskan sampai buku Malika. Walaupun satu buku tu 600 muka surat (mashallah tabarakallah sadaqallah) haha sebab saya dengan buku-buku tebal ni kurang sikit. Saya takut terkena reading slump je lepas habis baca. Sebab tu jadi auto azam 2025 nak habiskan Queen Series. Saya harap saya tak kiok hahah. 

Oh bukan itu sahaja. saya nak baca juga Set Impiana by Ain Maisarah. Weiii buku-buku Impiana saya tu masih kekal selamat mereka tidur dalam box set hitam tu. Yaaaaa saya beli set impiana tu tau! Gigih sebab Ain Maisarah tu kira macam childhood author saya. Ingat lagi waktu sekolah dulu, saya dan kawan-kawan baca buku Ain Maisarah yang Aku Mau tu. Kitorang baca pass-pass macam lari baton. Masa baca buku Impiana, saya tak sempat nak habis baca sampai last book sebab apa tah. Again, tak ingat hahaha maap shakap, memori 1gb je😅.

Okay itu je, selamat tahun baru semua orang! Semoga kita semua jadi manusia versi yang terbaik dari kita yang sebelum-sebelum ini. 


Bye.

No comments: