Friday, December 20, 2024

Review: Cerita Kita🍅

Hai dan hello,

Hari ni saya nak buat review buku yang bertajuk Cerita Kita.



Tajuk: Cerita Kita
Penulis: Akyelrahim
Penerbit: Manes Wordworks
Muka surat: 404 muka surat

Yesss setelah sekian lama saya tak membaca karya dari seorang Akyelrahim, akhirnya saya dapat habiskan membaca buku ini. Okay kita mulakan dengan buku ni pasal apa?

Cerita Kita🍅 ialah kisah tentang El Jasmin dan Ahmad Alim yang hidup berjiran. Jasmin ni baru lepas letak jawatan berhenti kerja dan buat keputusan untuk balik kampung (rumah parents). Bila dia balik, dia tak tahu pula rumah jiran sebelah sudah berpenghuni. Rupanya itu kawan lama mak dia. Dalam pada tanam anggur (menganggur), Jasmin sedang cuba berusaha menjadi seorang penulis. Impian dia nak terbitkan buku. Jasmin ni ada dua orang kawan baik dan kedua-dua orang kawannya sudah berjaya terbitkan buku sendiri. Dia pun nak ikut jejak langkah macam kawan-kawan dia cumanya Jasmin ni kurang yakin dengan penulisan sendiri. Alim pula hobi dia memang menanam dan dia sangat-sangat bangga dengan tanaman yang menjadi hahah comelll. Kisah mereka bermula bila Jasmin nak masak nasi lemak tapi tak cukup bahan iaitu daun pandan!. Bila tengok jiran sebelah punya tanaman subur-subur belaka, Jasmin pun minta la. Dari situ dorang mula kenal. berbual, bertukar nombor telefon dan menjadi each other's support system. Suka la trope ni. Strangers to friends to lovers😻

Watak Alim ni tenang. Mendamaikan🌳. Hobi dia menanam. Tanam daun pandan, tomato, sayur-sayur. Selain menanam, Alim juga seorang coffee lovers (tapi sorryyyy saya tak minat kopi, saya gadis teh🍵huhu). Soft-spoken dan penyabarr. Ahhhhh mana nak cari Alim ni? Saya tak rasa saya boleh cari Alim. Mungkin saya seorang Alimah sebab saya ada pokok pandan depan rumah😆😆😆

Apa yang saya suka tentang buku ni?

Fizikal buku:

Cover yang cantik!😘 Buku yang sangat floppy ringan. Saya membaca atas katil sambil baring kuak lentang pun buku masih onzz hahah Sekarang buku buku Manes semua dah floppy. Dorang dah tukar size buku. Tak perlu lagi berhati-hati nak baca dalam keadaan terkepit-kepit lol.

Jalan cerita:

tentang persahabatan, liku-liku seorang penulis dan ...

Ini macam a bit different dari penulisan Akyel yang sebelum ini (?). Buku ni banyak buka mata kita tentang nak jadi penulis pun struggle weh. Ingat senang ke nak terbit buku. Ingat senang ke tulis, taip, hantar karya, terbit then done!. Phewwww. struggle! Nak hasilkan karya bukan senang sebab kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis, nak pastikan buku kita ditulis dengan baik, orang boleh terima dan pembaca dapat tak input yang kita cuba sampaikan.

Salah satu ayat yang paling saya suka ialah bila Jasmin cakap dia nak jadi penulis yang sentiasa diingati. Selalu orang lepas baca novel dia akan tutup, letak buku kat rak dan lupa apa yang dia baca tapi certain buku yang ditulis dengan "bagus" akan melekat di hati pembaca sampai bila-bila. 

p/s: definisi "bagus" pada awak tak semestinya bagus pada saya. citarasa kita semua berbeza. kita kena terima dan raikan perbezaan itu.

Smooth je penulisan Akyel ni. Saya berjaya habiskan dalam masa 3 hari sebab saya suka dengan penceritaan yang smooth dan konflik yang ringan. Mungkin ada orang tak suka kan sebab banyak sentuh isu pasal kawan-kawan Jasmin tapi saya faham. Saya rasa isu tu berkait dengan dunia buku lately, dengan apa yang terjadi. Sedikit sebanyak buka mata pembaca dan penulis. 

Dalam persahabatan ni, kalau kita tak ikhlas nak berkawan memang takkan kekal lama. Berkawan sebab you nak gain something? Nak benefit? Berkawan sebab nak ride popularity kawan? Bleghhh✋. Apa? Ingat dalam relationship je ada red flag? Friendship pun boleh wujud red flag🚩 bila kawan tak validate kita punya feelings, tak acknowldge salah sendiri. I called this craaaaaazy. And trio never works! lol tiber en.

Saya suka juga bila dia masukkan isu jiran yang selfish. Ughh. Saya rasa mana-mana kita hidup kalau berjiran kena la bertolak-ansur dan memahami. Bila orang tegur kita kena terima dengan hati terbuka dan cuba berubah. Unless kalau ko bina rumah dalam hutan dan duduk sorang-sorang takda orang dan berkawan dengan monyek. That is fine. Ha ikut mung!

Konflik:

Konflik dalam buku ni tak heavy pun. Akyel pernah cakap yang dia pun tak pandai nak buat konflik yang heavy-heavy tapi apa yang saya suka konflik tu wujud. It is real! Kita ni suka kalau konflik relate dengan kehidupan harian. 

  1. Kawan yang suka tikam belakang kawan dalam diam✅
  2. Ex-girlfriend yang tak boleh move on tapi masih lagi menganggu kehidupan kita✅
  3. Jiran yang kaki gosip tapi....(👀)✅
  4. Toxic girlfriend✅
  5. Selfish neighbour✅
Jap saya rasa itu je kot konflik dia, takut nanti terbagi spoiler. Apa-apa pun tahniah Akyel sebab berjaya terbitkan buku ni. Eh by the way, kisah Jasmin dengan Alim ni ada juga dalam buku Antologi Cerpen yang Manis: Rumah Cinta. Cuma saya tak ingat yang itu prequel ke sequel. Sorry, rasanya saya baca buku tu masa 2 tahun lepas kot.



Okay, itu sahaja. Bye!

No comments: