Saturday, December 14, 2024

Review: Bidan

Hai dan hello,


Hari ni saya nak buat  review dan cerita sikit perasaan saya sepanjang membaca buku ni.

Tajuk: Bidan
Penulis: Nil
Penerbit: Buku Fixi
Muka surat: 336 muka surat


Fuhhhh. Sebenarnya saya baru je habis baca buku ni like hari ni dan saya rasa sangat tak sabar-sabar nak tulis review. Saya gigihkan juga habis sebab saya taknak peram lama-lama buku ni. Aik? Tak best ke? Bukaannnn. Bukan macam tu. Saya ni kalau dah suka sangat dengan plot, penulisan buku tu memang rasa sayang gila nak habiskan. Rasa macam attached hahah😂.


Okay kita mulakan... Bidan ni pasal apa?

Bidan ni mengisahkan seorang jururawat bernama Syifa yang baru sahaja dipindahkan ke Klinik Desa (KD) di Hulu Terengganu. KD ni memang terkenal dengan tempat ghaib ataupun orang kata tempat "keras". Dulu kat KD tu ada 2 orang jururawat tapi disebabkan seorang patah kaki dan kena bercuti 3 bulan dan seorang lagi lari tinggalkan KD tu dengan tiba-tiba, maka dia pun terpaksa la menggalas tugas disitu. Masa hari pertama dia jejakkan kaki ke KD tupun dia dah kena kacau apatah lagi tinggal di kuarters tu. Bayangkan time kau tengah mandi pun 'benda' tu nak kacau. Tapi saya memang salute dengan Syifa sebab dia berani dalam takut. Dalam seminggu lebih kemudian, dia secara tak sengaja telah termasuk ke "alam lain". Alam yang lalu. Disitu bermula pengembaraan Syifa di sebuah alam yang baru. 

Saya nak cakap yang plot buku ni menarik. Best! Penulisan dia sangat fast pace. Korang takkan rasa bosan bila baca. Saya ada terbaca review di GR yang orang cakap macam melewah sikit. Bagi saya okay je. Tu semua sebab nak tahu character dan nak build plot. Penulis kena la explain details sikit kan. Tapi cara penulis describe takdalah melewah pun like okay sahaja. Takda selirat-selirat semua straight to the point. Scene lawan-lawan dengan makhluk tu pun saya boleh bayang. Pandai penulis buat gambaran yang saya boleh faham dan so far saya tak jumpa sebarang typo ke apa. Kudos tu Buku Fixi👊

Perasaan saya masa membaca ada takut, ada sedih, sebak, geli hati. Saya suka sangat friendship Syifa dan Cemani. Ya Allah sampai di penghujung buku dapat rasa keikhlasan dan kasih sayang Cemani kepada Syifa. Sayang seperti sebagai adik kepada kakak. Dalam ni juga saya dok terbayang cara Syifa sangat-sangat sukakan kerja dia dan ikhlas bila dia dukung baby. Nak cakap pasal watak Syifa ni memang power wei. Awal-awal tu dia macam sedih dan dia rasa tak membantu langsung sebab dia tercampak di tempat asing. Tapi dia memang cekal. Dia kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Saaaampai la tiba waktu dia kena pulang. Weiiii saya nak teriakkk (nangis). Saya nangis dua kali ya ✌ kali masa membaca. Pertama masa scene dorang lawan puak penanggal tu. Kali kedua masa Syifa dipulangkan ke zaman sekarang😫😭😭😭. 

Sumpah rasa sikit trauma hahaha sebab masa baca buku Laksamana Sunan (Buku 1 sampai 3) saya ambil masa lama juga nak move on. Sebab penulisan RAM sendiri dan buat saya best apatah lagi watak Sunan. Terbuai. Overall saya suggest kepada mereka yang sukakan genre time travel, mistik. Dia takda cintan cintun tapi ada la sedikit romance, Huhu sedih ya nak hujung-hujung. Entahlah. Ahhh ghisau tak boleh move on ya bila terkenang hahaha. 

Padanlah buku ni rating tinggi di Goodreads. Tahniah penulis. Saya sempat jumpa Nil masa Sibf2024 haritu💓 Semoga saya dapat lagi baca karya sebegini.

Okay itu sahaja, bye!


p/s: nak pergi baca buku romance pulak hahaha

No comments: