Thursday, January 16, 2025

Review: Hilde🍎

 

Tajuk: Hilde
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy
Muka surat: 659 muka surat

Hai dan hello!

Finally! It's Noah turn wuhooooo. Kali ni saya nak review pasal buku Hilde.

First of all, Hilde ni pasal apa?
Kalau sesiapa yang tak baca lagi pasal Yuki dan Scarlet, kena baca! Sebab bagi saya, plot dorang sangat-sangat-sangat berkait. Kalau skip one book, okay sahaja tapi mesti macam tak best sebab ada feeling macam l o s t and blur lepastu bila baca Yuki, dah macam tak suprise pulak dah sebab dah pernah jumpa Yuki dalam Hilde.  Kalau tak baca Scarlet dulu, you will be missing like half of the plot. Btw, Yuki dan Scarlet pun ada cameo tau dalam Hilde. hehe😚

Buku ni ada seseorang yang telah menelefon Noah minta untuk diselamatkan. As we all know, Noah kan bekerja dengan Yuki dan sampai sekarang he devoted his life for AJNIN. Jadinya, bila someone call dia untuk diselamatkan, Noah terus bergegas. Seseorang itu adalah Cempaka. Yep, salah seorang client AJNIN yang minta diselamatkan. Oleh siapa? Hilde! Dalam bahasa pasarnya, Hilde ni I would call her mak hayam😂. Tapi Hilde kot. Bukan mak ayam beshe-beshe ek. Hehe. Bila dah selalu kena berurusan dengan Hilde, what do you expect? Mesti la ada something happened between Noah dan Hilde kannnn *smirk*

Sebenarnya la kan, waktu awal-awal baca Hilde ni saya rasa macam lost sparks sekejap. Dia macam tak se-excited macam saya tengah baca Yuki and Scarlet. Buku ni pun ambil masa lama gak saya nak habis....like 7 hari (?) Don't get me wrong, saya suka je plot Hilde ni. Hilde ni bagi saya badass, protective towards her women, mulut pun cam laser cakap lepas. Heroin-heroin dalam Queen Series ni semua macam tu eh. Dari ke Yuki, Scarlet sampai la si Hilde ni. Tapi! nasib kali ni berpartner dengan Noah. Sebab Noah ni sangat tenang dan cool. Chill guy orang kata. Depa dua ni macam air dan api. Takdalah nak kata Hilde ni kasar sangat. Saya rasa Althea tu lagi kasar. Mungkin saya tak suka tengok Noah yang tenang tu asyik kena bidas je dengan Hilde.

Dan saya tak expect cerita Hilde ni akan berkisar dari buku-buku sebelum ni tetapi kisah Hilde dan Scarlet sangat berkait rapat ya. Dalam Scarlet, saya happy dengan ending dan closure untuk setiap watak. Tapi bila macam ada isu yang sama berkait, ada timbul sikit rasa boring

Macam biasa penulisan dan penceritaan kakSyu sangat chef kiss💋. Awal lagi memang dah tak berkenan dengan perangai si Hilde ni sebab dia "mak ayam" wei. Dia ada buka pusat pelacuran dan spa. Dia "beli" pekerja-pekerja dia dari supplier. Yep, they really had supplier for this. Geli mengenangkan itu tapi dia sangat-sangat bertanggungjawab dan protective dengan pekerja dia. Dia hormat mereka sebagai seorang wanita. Kalau dia tahu ada client dia paksa atau cederakan dorang, memang habis la kena tibai dengan si Hilde ni. 

Walau se-badass Hilde ni, dia pun manusia biasa yang tak lari dari trauma. Masa saya dapat tahu trauma dia masa kecil tu saya macam "Wei kesiannya kau ni...." tapi bila tahu puncanya tu saya cam "Ko gila ke? Bapak ahhh. Sampai hati buat macam tu!" Ha sampai macam tu sekali ya. Dahlah dia hilang kawan satu operasi dia lepastu bila dapat tahu keluarga sendiri tikam belakang dia lagi la rasa hilang akal.

Mujur ada Noah yang tenang hahah. Dalam Hilde baru dapat tengok lelaki propose perempuan. Kalau dalam Scarlet dan Yuki, depa dua yang ajak kahwin dulu. Saya rasa saya memang tak boleh lari dari mengagumi lelaki fiksyen ciptaan Syu Ariani😆. Bila dah kahwin, Noah berjaya buat Hilde menjadi seekor kucen oyen hahah sebelum ni garang cam bapak rimau! Priority Hilde pun rasanya dah berubah. Bukan sahaja protective dengan pekerja dia tapi juga dengan Noah. Hilde be like "Awas!!! siapa yang tenung laki aku yaaaa😠" Paling suka scene makan epal dengan Cempaka. Eyyyyy Cempaka ni pun satu. Rasa nak debik-debik je.

Apa lagi eh? Hahaha rasa macam banyak yapping je ni dari review. Maaflah saya ni bukan pro review👉👈.

Overall, saya suka je buku ni tapi experience membaca saya tak se-best macam mana saya baca Scarlet dan Yuki. Dalam Hilde pun ada some scene yang boleh buat saya geli dan tak selesa tapi still bearable antaranya:

1. Ada cerita pasal Hazel, kawan Hilde.
2. Perempuan-perempuan yang dibeli, kemudian dipaksa bekerja. (don't worry, tiada kekerasan berlaku kecuali bila perlu)
3. Trauma Hilde dan abang-abangnya. (Gerammmmm)
4. Scene Ava kena culik tu!


Jangan invalidate perasaan aku. Jangan nafikan rasa marah dan kecewa aku cuma kerana amarah kau dah terpadam - mannnn I love this!💔


Okay itu sahaja, bye!

p/s: and so....proceed to the next and the last book from Queen Series😕

No comments: