Wednesday, January 22, 2025

Review: Malika

 

Tajuk: Malika
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: BLEU Fantasy
Muka surat: 600 muka surat

Hai dan Hello!

dari puteri ke permaisuri๐Ÿ‘‘

Awwwwh. Tak sangka saya dah berjaya habiskan Queen Series. Dari Yuki saaaampai la ke Malika. Mashallah what a wonderful experience *eee over giler minah ni hahah. Tak tahu pasaipa bila nak mula baca Malika rasa sedih jap. Hahaha maybe sebab saya tahu saya akan say byebye๐Ÿ‘‹ to Yuki, Hud, Chronos, Althea, Hilde, Noah dan anak-anak mereka. Ini kira last la kan dorang jadi cameo dalam Malika.

Saya mulakan dulu macam biasa dengan sinopsis buku ni okay. . .

Malika ni tentang perempuan bernama Malika (Mal) yang sebenarnya telah dijual kepada Loey (orang Hilde). Semasa sebelum Malika dijual, dia berkawan dengan seorang perempuan bernama Laila. Laila ni masa tu tengah mengandung. Kiranya Malika dan Laila ni tunggu masa je nak kena beli dengan sesiapa. Bila Malika dibeli oleh lady boss Hilde, masa tu Liam (lelaki yang membeli Laila) datang dengan mengatakan Laila telah meninggal dan dia tinggalkan seorang bayi perempuan. Disebabkan Mal ni rasa kasih dan sayang terhadap kawannya Laila, maka dia membesarkan Alana (anak perempuan Laila) bersama dengan Liam. Kiranya Liam, Mal dan Alana (anak Laila) tinggal bersama tetapi environment Liam ni sangat la tak sesuai untuk seorang anak perempuan kecil dibesarkan sebab Liam ni taikun dadah. Tapi cerita Malika bukan takat situ sebab sebenarnya ada dendam yang perlu ditunaikan. Malika ni dijual pun sebab dia tiada sesiapa lagi dalam dunia ni. Sebelum kakaknya mati dibunuh oleh tunangnya sendiri, Malika hanya ada kakaknya. Ibu bapa mereka pun telah meninggal dunia.

Phewwww panjang gila ek sinopsis hahah. Saya harap ni bukan spoiler ek๐Ÿ˜ฉ.

Mula-mula bila baca dari puteri ke permaisuri di cover buku, saya ingatkan sebab karakter Malika ni betul-betul macam puteri. Bayangkan dia dibesarkan dan ditatang bagai seorang puteri, kemudian kematian parentsnya lepastu pula Kris datang menjadi penyelamat bagai knight in shining armour. Kan dah macam dalam cerita Disney princess tu. Eh tapi kalau diikutkan memang Malika sebenarnya seorang puteri.                           

J e n g j e n g j e n g ๐Ÿ‘€

Saya fikir mungkin Malika akan menjadi seorang Queen yang badass macam Yuki, Scarlet dan Hilde. Ketiga-tiga orang Queen ni macam ada power dan empire sendiri tapi nope, Malika bukan macam tu. Dia ada cara berlawan dia tersendiri. Of course Malika ada sisi badass yang tersendiri. And the moment Malika diangkat jadi seorang Queen heheheh. Korang kena la baca sendiri. Berbunga-bunga ya hati ni๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ. 

Karakter Malika ni saya boleh simpulkan dengan:

๐Ÿ”ซ Dia takda kuasa dan pengaruh macam Yuki, Scarlet dan Hilde.

๐Ÿ”ซ Tapi dia mahir dalam menggunakan pistol! Bang bang๐Ÿ’ฅ

 Ada satu scene dimana dia boleh je tembak lelaki like aimed directly to his heart tapi dia taknak. Sebab dia masih ada hati dan akal yang waras. Dia taknak kotorkan tangannya. 

๐Ÿ”ซ Ibu yang penyayang.

Walaupun dia tahu Alana tu bukan anak dia tapi dia besarkan Alana dengan penuh kasih sayang sepertimana sepatutnya kanak-kanak membesar. Dia cuba jadi ibu yang baik. Malah dia sanggup korbankan nyawa dia untuk Alana. Ya Allah watak Alana pun. Alahaiii comel dan pandainya. Anak pinterrrr.

๐Ÿ”ซ Nekad.

Dia tahu apa dia nak. Kadang dia ni main aci redah je. Kris pun cakap dia ni takda plan hahah. 

Adakah sampai situ sahaja? Oh tidak yaaaa. Macam biasa buku KakSyu mesti ada plotwist sampai kepala kita pun terteleng-teleng. Dendam, pengkhianatan, jealousy. Tiga benda ni memang ada dalam semua buku Queen Series. Yep, pengkhianatan yang paling sakit semestinya datang dari orang yang kita tak jangka dan paling kita rapat. Hanya disebabkan cemburu yang tidak berkesudahan habis semua nyawa ditarik. Matikan orang macam matikan ayam. Geram kan?

Eh lupa pula nak cerita pasal watak Kris kan hahah. Tak tahu nape tapi Kris dalam Scarlet lagi hot dan daring hahaha. Maybe sebab masa tu macam ada cinta tiga segi. Jujur shakap saya suka Kris dalam Scarlet berbanding dengan Malika๐Ÿ˜š. Tapi saya suka bila Kris mula perlahan-lahan berubah sebab Malika dan Alana. Perubahan yang bagus iaitu kearah kebaikan. Saya suka bila Kris yang kejung, beku tu boleh cair dengan telatah comel dan polos Alana. Kita semua tahu backstory Kris pasal apa. His dark past. Saya suka sangat Kris dapat kebahagiaan dia. 

Akhir sekali, saya suka the whole series of Queen Series ni. Saya target nak baca Princess series pula lepasni tapi kena tunggu kakSyu reprint dan buka order untuk semua buku sebabnya saya tak suka beli dan baca kalau tak series tu tak complete. Kadang kita ni bukan penyabar wak๐Ÿ™Š

". . .dari seorang lelaki, kepada seorang wanita. Sebagai seorang suami kepada isteri dia. Jangan tinggalkan aku. Terima aku, Malika" - mak aiiiii cair dia sampai kesini ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜๐Ÿ’˜

Okay itu sahaja, bye!

p/s: dah sampai separuh buku baru sedar Malika ni relate dengan princess yang mana hahaha padahal masa movie tu ditayangkan saya repeat tengok banyak kali kot eyyyy


No comments: