Hai dan Hello Yeorobun~
Rasa macam agak lama terbiar blog ini sepi. Last update pasal ebook kan, tu pun like sebelum puasa. Alhamdulilah tahun ini puasa dan raya saya masih lagi dengan orang yang sama, masih lagi besederhana dan syukur diberikan peluang untuk menyambut ramadan dan syawal bersama orang tersayang. Saya harap korang pun begitu juga💓
Okay takmo tulis panjang-panjang kita proceed terus eh. . .
Buku ni pasal apa?
Kerana Aku Bukan Pilihan (KABP) ini mengisahkan tentang Uthman Firdaus yang kehilangan cinta hati iaitu isterinya ketika melahirkan tanda cinta mereka. Uthman ialah seorang leftenan dalam TLDM. Disebabkan kerjaya beliau, jadi kita boleh bayangkan waktu yang beliau ada untuk keluarganya sangat suntuk. Manakala Naila Jannah, anak perempuan dan anak bongsu yang ditatang bagai minyak yang penuh kerana sewaktu kecil lagi Naila sering sakit, keluar masuk hospital kerana masalah jantung. Sehingga satu hari, Naila menerima jantung yang baru daripada penderma rahsia. Sejak itu, Naila bersyukur kerana diberikan peluang untuk meneruskan hidup.
Kebetulan, semasa Naila dan rakannya keluar berjalan-jalan di dalam mall, seorang kanak-kanak tak sengaja terlanggar Naila dan mengotorkan bajunya dengan aiskrim ditangan. Penjaga kanak-kanak tersebut terus meminta maaf. Naila dan penjaga tersebut bertukar kad. Penjaga tersebut yang merupakan ibu Uthman dan nenek kepada anak-anak Uthman iaitu Qaila dan Qaisar sangat senang dengan kehadiran Naila kerana Naila menunjukkan sikap kasih dan prihatin kepada cucu-cucunya. Ketika hari lahir si kembar, keluarga Uthman juga turut menempah kek daripada Naila. Apabila keluarga Uthman dan keluarga Naila bersua, rupa-rupanya ayah mereka merupakan kawan baik. Okay itu je hahah takut terbagi spoiler pulakkkk😆
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat saya tentang buku ini?
1. Saya suka buku ni sebab floppy, boleh kepak luas-luas. Selesa sangat nak baca even tengah baring sekalipun. Font dalam buku ini pun just nice.
2. Tapi, saya nak tegur dari segi icon kecil lepas page break dalam buku. Icon tu terlalu kecil. Maaf kalau benda ni macam remeh😓, saya tahu je icon tu gambar apa tapi lagi cantik kalau dibesarkan sedikit. Begitu juga tulisan sinopsis pada belakang buku. Haluuuus. Pendapat saya sama juga macam buku Zeanissa. Saya harap Inkloaf dapat baiki untuk cetakan akan datang💋.
Plot
Sebenarnya kan, cerita dalam buku ni macam predictable and a bit cliche pun ada. Is it a bad thing? Nope. No at all. Kenapa saya cakap predictable? Sebab saya dah boleh agak apa yang akan jadi selepas satu scene ke next scene tu berlaku. Cuma scene Uthman berlawan tu je saya tak boleh agak sebab saya dulu join kelas silat, 2 kali kelas je wak lepastu drop hahah.
Walaupun begitu, saya suka dengan gaya penulisan penulis. Dari segi gaya bahasa, ayat ada beberapa memang buat hati saya tersentuh sedikit tapi untuk emosi sedih yang betul-betul sedih tu tak sampai. Kalau nak cerita pasal watak Uthman kan. Saya ada terbaca review di GR. Ada orang tak berapa setuju dengan watak Uthman ni hahah. Saya pun. Tapi saya pun kurang gemar sikit dengan watak Naila. Here's why:
> Uthman
Uthman ni waktu mula-mula dia jumpa Naila dia dengar nama Naila. Otak firasat hati dia mendesis "Naila Jannah, mungkin dia...mungkin bukan" (tak boleh nak tulis lebih-lebih takut terspoil). Saya faham kalau saya jadi Uthman, dia nak sesuatu yang baik untuk anak-anak dia. Nak harapkan kakak sendiri nak jaga anak buah? Jauh sekali. Nak-nak pula anak yang arwah isteri dia tinggalkan. Bila dipertemukan wanita yang ada sifat keibuan seperti Naila, hati Uthman terus terpaut nak melamar Naila sebagai ibu kepada anak-anaknya. Tetapi along that way tu kan, dia sendiri macam was-was.
Dia kahwin dengan Naila, nampak kesungguhan Uthman nak terima Naila tapi dalam masa yang sama hati dia tak boleh tipu yang dia masih sayang arwah isterinya😣Naila pun sudah sedia maklum dengan perkara itu dan dia pun cuba untuk terima tapi itulah cinta pertama kan? Pergi pula sebab berjuang semasa berjuang melahirkan anak-anak. Tapi ada satu scene yang dia termarah Naila. Awak marah Naila, sampai sini terasa tau hahah💔.
> Naila
Watak Naila ni memang seorang perempuan yang saya nak kata kuat. Sebab apa? Dia kuat bila dia lawan penyakit dia dari kecil keluar masuk hospital sampai la dia temui jantung baru. Kemudian dia bangkit, dia mulakan hidup dan capai cita-cita. Walaupun dia disayangi oleh keluarganya. dia sendiri tak pernah lupa asal-usulmya. Dia bersyukur sampai la dia masuk keluarga Uthman. Kan tadi saya nak kata dia kuat TAPI! ada tapinya. Bila Syida asyik hina dan kutuk dia. Ya Allah baran saya eh hahah. Sekali dua takpa lagi.
Tahu tak, Syida tu hina dia kutuk dia sampai dah 80% buku? (aku bitter) Bila tahap sabar wanita dicabar dan sentuh pula bab anak haa baru Naila mula melawan si Syida tu. Bagai buku bertemu ruas bak kata orang. Macam mana pun, saya faham. Mungkin penulis nak potray kan watak Naila yang lemah lembut, ayu, suci, kuat dan tabah. Korang jangan risau, Naila dia bukan lemah-selemahnya bila dia kena hina dengan Syida. Dia balas okay, cuma memang dalam dunia ni memang ada orang spesis macam Syida tu. Astaghfirullah sabar jela ek💢.
Kan saya cakap dekat atas tadi yang buku ni predictable and cliche kan tapi saya masih suka dengan buku ini sebab gaya penulisan penulis itu sendiri. Buku ni tak pain pun hahah. Orang kata melodrama. Haah bila fikir balik yep. Tapi ada certain point tu emosi dia tak berjaya buat saya sedih sebak dan hiba. Cuma banyak kali juga sayatersentuh dengan ayat-ayat Naila. Masa dia kecewa, dia tahu hal sebenar...yang tu sedih😖.
🚢 Jujur. Walaupun kita rasa benda tu "alahhh kecil je/ alahhh takpa kalau dia tak tahu" A small spark can start a big fire👈
🚢 Jangan jadi busybody pls✋❗ Syida tu kan perangai dia Mashallah. Kalau saya masuk dalam KABP, dia yang saya debik dulu. Sibuk nak atur hidup adik sendiri sampai akhirnya diri sendiri diabaikan siap dapat package kena tikam belakang lagi.
🚢 Belajar terima takdir. Belajar melepaskan apa yang bukan milik kita pada asalnya. Ya, sakit. Tapi itulah kenyataanya kan? Hidup ini pun pinjaman. Suami tu pinjaman, anak-anak pun pinjaman💝🩹.
🚢 Memaafkan walau sukar. Maafkan bukan sebab kita baik, bukan untuk dia tapi untuk diri kita. Bila kita maafkan orang, hati kita akan jadi lebih tenang (inshallah). Tenang itu mahal✨
"Abah sayang umi ke ibu?" - 😭
Okay bye!
No comments:
Post a Comment