Wednesday, February 12, 2025

Review: Proksi Cinta (Ebook)

 


Tajuk: Proksi Cinta
Penulis: Ainelaa
Muka surat: 357 muka surat
Format: PDF

Hai dan hello!

Tahu tak salah satu azam saya untuk tahun ini adalah untuk membaca 15 ebook. Ini sebabnya saya mempunyai terlalu banyak ebook yang saya claim (free) dan beli (kita support penulis wak hehe) dok tersimpan dalam library phone sampai tak terbaca. Stres! Jadi new year new mental iss- eh silap hehe new year new me! Untuk ebook pertama ni saya claim masa tengok mutual friends instagram share di story dia. Saya cam "hmmm apani?" cam menarik je bila tengok cover and tajuk. 

Kalau ikut definisi abe ChatGPT definisi Proksi boleh terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Teknologi/Rangkaian
  2. Perwakilan/wakil
  3. Statistik/penyelidikan
Saya cari definisi ni lepas habis baca sebab saya macam aci redah je. Baca je dulu. Lepas jumpa perkataan TamaT dalam ebook ni baru faham maksud Proksi Cinta tu apa.
.
.

So apa maksud Proksi Cinta?
Sabar. . . teruskan skrol bawah dulu okay๐Ÿ˜


๐Ÿ€๐Ÿ”ฌcampus romance  +  opposite attract  +  proxy love/indirect love  +  he fell first and fell harder


Proxy Love ni tentang Indah yang ada crush pada seorang lelaki di kampusnya tapi Indah ni sejenis pendiam, introvert dan tak bergaul sangat. Satu malam, lepas habis discussion, dalam dia tengah berjalan melintasi gelanggang, kepala dia tiba-tiba dihentam oleh bola kerangjang. Secara tak langsung hidung dia berdarah. Dalam pening-pening tu muncul seorang lelaki yang berkali-kali minta maaf. Rupanya lelaki itu Qayser. Sejak dari kejadian tu, Indah dan Qayser kerap berjumpa. Dari situ mereka mula berkawan dan apabila Qayser dapat tahu bahawa crush Indah merupakan salah seorang pemain di dalam pasukan Qayser, dia dengan baik hati menawarkan diri untuk  menjadi "orang tengah" untuk Indah kejar crushnya. *TW: abuse*❗

Masa saya nak mula baca ebook ni kan, jujur cakap saya tak letak apa-apa expectations. Dalam kepala just nak baca santai-santai, rileks-rileks TAPI serius cakap, penulisan penulis sangat sedap. Sedap in terms of macam penulis ni dah terbitkan banyak karya, dah ada pengalaman menulis. Olahan ayat, emosi, penulisan and konflik sangat best! Walaupun kita dah boleh tahu cerita ni pasal apa like Indah ni end up dengan siapa to cut it short, this story very cliche ๐Ÿ˜™tapi cliche dia buat saya hook dari awal pembacaan saaaampai habis. Saya happy!

Konflik dalam cerita ni pun tak berat. Kesian dekat Qayser sebab walaupun dia ni datang dari background keluarga berada tapi dia sendiri malu dengan asal-usul sendiri. Penulis dah letak trigger warning awal-awal, kalau tak sanggup baca macam saya sila skip. Saya pun lemah sikit bab-bab macam ni๐Ÿ˜“ *kitonyo manjo*. Kuddos to penulis juga sebab illustration macam chat/messages sangat wow! Effort A+! Make it more real and relatable. 

Akhir sekali, bila saya cakap cliche kan, saya expect mesti lepas scene Indah dah confess pada lelaki tu timbul scene bercinta-cintun tapi TIDAK hahaha penulis terus skip to beberapa tahun kemudian. . . which is comel! Sebab dalam hati saya "ahh mesti cringe kan๐Ÿ™ˆ..." tak sanggup rasa. So, nasib tak cringe. fuhhh. Manis dia level-level teh ais favourite saya.

Tahniah penulis, tak sabar nak baca karya yang seterusnya๐Ÿ’—.

So,
Proksi Cinta bermaksud keadaan atau seseorang yang mungkin tidak dapat meluahkan rasa cintanya, lalu dia menggunakan perantaraan atau media untuk menyalurkan rasa cintanya sebagai contoh melalui perbuatan, rakan atau objek (surat). *thanks to abe ChatGPT for the clear explanation*

Shoot your chance - let's go!!!

Okay, bye!



p/s: shoot your chance, if not now then when? tapi bila kena reject sila move on k hahah

No comments: