Sunday, June 08, 2025

Trip PBAKL 2025📚


Hai dan Hello!

Alhamdulilah, finally ticked one of my wishlist this year (tengok belah kiri tu). Tercapai juga hajat saya nak jejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang terletak di PWTC. Kali ini trip lebih menarik sebab saya hadir dengan ayah. Disebabkan ayah nak ikut, so saya drive ke sana dan park di Sunway Putra Mall. Easy sangat sebab kalau nak kira, ini kali ketiga saya buat macam tu😋. 

Masuk-masuk je jumpa Aras 2 dulu. Kami sampai lambat la juga sebab gerak dari Shah Alam pukul 10 macam tu. So sampai sana memang tengah peak hour iaitu around pukul 11 pagi. Saya nak cakap, memang ramai ya umat manusia di pwtc tu hahah. Masa di Aras 2 tu saya plan nak beli 2 buah buku iaitu Cinderella by Syu Ariani dan Idd buku Cik Bawang. Cumanya Cinderella dah habis stok jadinya kena tunggu KakSyu reprint. Sempat juga berbual kosong tanya khabar KakSyu. Last jumpa masa Sibf2024.

KakSyu dan saya💓. Eee comel la heart cheek tu. Tak perasan hahah.

Lepastu kami naik Aras 4. Skip jap Aras 3 sebab ayah saya nak pergi booth Iman Publication. Tapi sebelum tu singgah booth IBDE untuk cari buku ayah. Kat sini lama sikit sebab ayah betul-betul belek satu-satu buku kat situ. Saya pun layan jela. Then gerak ke booth Iman. Booth Iman paling besar, paling terang banyak paling banyak lampu ya haha (pendapat saya). Senang je nak cari. Kat sini saya beli satu buku je. Buku dari penulis Kamalia.


Ini bukunya! Kau Tak sayang Aku ke? Ha nape tak sayang sayang ni? Taknak sudah bye😣

Tak tahu kenapa tahun ini saya macam nak beli dan baca karya penulis. Haritu pun saya checkout buku Beringin. Sebelum ini saya dah baca buku Senandung Kau dan Aku dan saya suka gaya penulisan, plot dan mesej yang kak Kamalia sampaikan. 


Tengok ni! 3 buku Rm85. Sangat menguji iman yang senipis bawang ni.

Lepastu saya lalu depan booth GridGrad. Dah aim nak beli sticker ke merch ke apa ke. Tapi Mashallah penuh padat ya booth tu dengan manusia-manusia. Takda ruang langsung nak masuk. So saya lalu jela depan booth tu. Tangkap la gambar buat kenang-kenangan walaupun tak masuk. Sobsobs😢.


Ramai wei. Takda space nak menyelit.

Tahu-tahu dah pukul 12.30. Masa tu ayah saya cam rushing sikit nak solat jumaat kat situ. Kat situ ada dewan. Saya pun hantar la ayah kat dewan. Beg galas pula saya gendong. Masa tu memang ramai tau orang. Yang lelaki tengah berpusu-pusu nak prepare solat. Yang perempuan sedang santai-santai sikit. Tapi masatu saya lapar. Dalam kepala saya plan nak hantar buku dekat kereta dan amik beg telekung solat di surau mall. So saya pun gendong la beg berat tu dari pwtc keluar naik escalator turun ke parking. Memang mencabar tapi hidup perlu diteruskan ahaha💪.


Beg ini berat dengan buku ayah je tau. Buku saya ada dua buah je.

Lepas saya hantar beg ini dalam kereta, saya capai telekung dalam kereta (saya memang simpan telekung spare dalam kereta hehe) dan pergi naik mall cari surau. Surau mall ada 2. Satu di tingkat 3 dan satu lagi di tingkat 5. Mula-mula saya pergi tingkat 3 tapi ramai then saya gigih menapak naik ke tingkat 5. Kalau ikutkan ramai juga tapi bolehlah sebab saya dah pernah solat situ sebelum ini. It's bearable

Selesai solat, saya turun balik ke kereta untuk hantar beg telekung dan ambil recycle bag then terus menuju ke pwtc semula. Masa tu ayah dah settle solat dan saya nak ajak dia makan. Bila jumpa ayah, ayah kata "Okay dah? Balik jom?" Saya macam "Nooo belum lagi, tak pergi Aras 3 lagi!" Ayah cam haaaa😐. Tapi kitorang beli makanan dulu then naik semula ke Aras 3. Sampai di aras tu, saya cari booth Manes. Rasa macam tak lengkap pesta buku kalau tak jejakkan kaki ke booth Manes😆.



Ada keluaran buku baru.

Sticker comel dan ada juga merch macam photo card semua tu.

Kebetulan masa tu waktu meet and greet Akyel. Memang rezeki saya la dapat jumpa beliau. Alang-alang dia ada, saya pun grab la Ivy. Saya memang saja tak preorder Ivy sebab memang nak beli waktu pesta buku dan dapatkan sekali tanda tangan penulis. 



Terima kasih Cik Pie. Power betul skill photographer Cik Pie haha👏.

Hahaha comel la gambar ini! Tunjuk kat ayah, ayah pun gelak ek😂.

Then saya decide nak jengah la kejap booth Inkloaf. Masa tu pula ayah ada di booth Karangkraf. Sebelah sebelah je booth tu. Saya sebelum ini dah order dua buku iaitu Aksara Tentang Rasa dan Ruang Sempurna di Shopee. Tapi rasa cam nak beli juga satu buku sebab alang-alang dah berada disitu. Saya beli Sakura by Deian Dyan. Alhamdulilah masa tu booth Inkloaf tak ramai orang. Risau ek. hahaha And cuba teka saya dapat jumpa siapa?


Hai Mynn! Cantik manis orangnya💋

Lama dah sebenarnya nak tegur Myn. Selalu kadang-kadang berbalas mesej di DM Instagram. Kali ni dapat jumpa tegur Myn. All the best Myn and team. Bangga tengok Inkloaf sekarang. Ingat lagi saya join first BOTM, masa tu Inkloaf collab dengan Akyelrahim untuk buku Heliophile. 

Finally, nak tengok tak PBAKL book haul saya?👀


Ini dia. . .

  1. Ivy
  2. Sakura
  3. Memori Adelia
  4. Kau Tak Sayang Aku Ke?
  5. Code Name: Guardian

Mesti ingat sampai sini sahaja kan? Ini baru waktu PBAKL. Kalau pre-PBAKL? jap saya list kan:
  1. Permata (preorder)
  2. Aksara Tentang Rasa 
  3. Ruang Sempurna
  4. Pada Masa Yang Terhenti
  5. Lelaki Astatine
  6. Beringin
  7. Faris, My Bestfriend Brother's
  8. Fateh Hayden
  9. Fahim Hariz (preorder)
Hmmmm banyak juga ek. Serammmm. yang paling seram pre-pbakl tu. Dia ni pergi ke tak pergi sama je. Haah tengah mengata diri sendiri hahaha. Tak sabar nak tunggu buku Permata, Fahim, ATR dan RS sampai di rumah. Kalau kira total damage kali ini boleh pitam babe so better takyah kira😌.


Okay, bye!

No comments: