Hai dan Hello semua!
Saya kembali lagi dengan review buku suka-suka. Kali ini punya review memang ternanti-nanti. Ternanti-nanti oleh siapa? Oleh diri saya sendiri hahah. Dearself, Welcome to Cik Bawang's book😝 muahaha gelak jahat pada diri sendiri. Sedikit info, dua minggu lepas kan saya berjaya habis baca buku Faris, My Bestfriend Brother, My Sweet Saviour, My Badass Husband dan My Rio Aryan. Yep! It took me just a freaking week to finish all those books. Rasa macam power!💪hebat sebab mood reading saya kadang turun kadang naik. Disebabkan masa itu saya tengah baca buku Faris dan Hanim, saya auto checkout buku Fateh dan Fahim. Betul la kan mutuals saya cakap "Sekali dah baca buku Cik Bawang, mesti nak baca lagi" hahah iyeeeee🙈
****************
Okay jom masuk review buku tapi sebelum itu, buku ni pasal apa?
Fateh Hayden Mr Heartless mengisahkan seorang lelaki bernama Fateh yang merupakan pelumba kereta profesional dan terkenal. Fateh ini dari zaman dia remaja belasan tahun dikenali sebagai seorang lelaki yang dingin, serius, berkerut je manjang. Dalam kepala dia hanya satu, nak jadi pemandu kereta nombor 1. Prinsip dan pegangan hidup dia memang kuat. Dia pun takda keluar gosip bercinta dengan mana-mana perempuan (yekeeeee) disebabkan dia sangat komited dengan kerjayanya sampai la satu hari dia umum dia nak tamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin atas restu nendanya. Fateh ini sangat hormat, manja, rapat dengan nendanya berbanding dengan ibunya, Hanim. Malah, nenda dia orang pertama yang beri sokongan dan galakan untuk Fateh lanjutkan minat dalam F1 walaupun berat hati ibu bapa Fateh nak terima keputusan ni.
Manakala Nur Anis, anak kepada kawan baik ayah Fateh iaitu Farel. Anis ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya. Kalau Anis ni sakit, maka satu keluarga itu pun turut merasa sakit. Anis ni sejak pandang pertama melihat Fateh dah jatuh suka. Orang muda-muda kata crush. Tetapi perasaan itu mula bercambah dan ia menjadi rahsia buat seorang Nur Anis malah ia disimpan kemas hingga la pada satu hari muncul satu berita yang buat sekeping hatinya retak dan luluh😣.
Fuhhhh. *tarik nafas dan hembus.......*
The info's pasal Formula 1, the setting tempat macam Monaco, tempat tinggal Hayden disana. Cik Bawang buat kita rasa kita betul-betul ada dekat sana tanpa perlu tempah tiket flight hahah jimat duit. Paling saya salute emosi yang penulis hamburkan dalam buku Fateh ini terutama sekali pasal Anis. Ya Allah, rasa nak peluk Nur Anis ni ketat-ketat sebab kita tahu back story dia macam mana. Dari dia lahir hidup dia tak senang tapi bila dia dibela oleh keluarga angkat yang sangat sangat sangat sayang, protective dan sanggup buat apa je untuk Anis, saya sebak dan terharu😭.
Paling saya suka hubungan Anis dengan adik-adiknya. Saya banyak sentuh bab Anis je kan? Rasa macam Fateh ni redflag sangat kan? Haah ya! Awalnya saya rasa begitu. Namun, bila ada point of view dari Fateh. Saya faham. Fateh dari belasan tahun dihantar ke luar negara untuk hidup berdikari, training di tempat orang. Bayangkan betapa sunyinya seorang Fateh. Di usia remaja sepatutnya Fateh enjoy belajar dan explore seperti remaja lain tapi semua itu dia kena letak tepi. Duduk pula luar negara yang terdedah dengan pergaulan bebas semua tu tapi semangat Fateh ini kuat. Bukan dia pun sedih, Hanim sebagai ibu lagi la sedih kan.
Dalam buku ni siapa yang bersalah? Boleh tak nak tunding jari kat nenda mereka? Hahaha emosi ya. Ada satu bab tu hampir memecah belahkan hubungan baik antara dua orang kawan dan keluarga. Dengan saya saya sekali stres😓. Saya nak stop baca tapi akhirnya saya berjaya paksa habiskan bacaan pada jam satu pagi. Berdenyut kepala esoknya tu nak pergi kerja.
Dalam banyak-banyak watak, yang saya rasa paling function dalam buku ini ialah mak kandung Anis iaitu Hayati. Garang-garang dia pun dia pujuk Anis. Saya suka masa dorang berdua macam heart to heart session💞. Anis luahkan apa yang dia rasa pada ibu dia. Waktu tu Hayati bagi nasihat kaw kaw hahah. Nak hujung-hujung buku tu penulis sepatutnya buat grovel scene atau pun Fateh menyesal lama sikit. Saya sebagai pembaca tak puas tengok Fateh melutut menangis merayu ya❗. Hahaha aku tak boleh betul la.
Akhir sekali kepada Cik Bawang, terima kasih sebab tulis buku ni! Best! Buku Cik Bawang memang kena ikut selesa tekak saya. Bukan takat jalan cerita sahaja best tapi banyak juga pengajaran. Kalau untuk watak, saya so far paling suka Danz tapi kalau untuk plot story saya suka buku Rio. Saya suka sangat back story Rio dan Kenji dan cerita penghijrahan Rio.
Damn it, Fateh Hayden. You're totally whipped! - bahahah padan muka ko!😜
Okay, bye!