Wednesday, February 12, 2025

Review: Proksi Cinta (Ebook)

 


Tajuk: Proksi Cinta
Penulis: Ainelaa
Muka surat: 357 muka surat
Format: PDF

Hai dan hello!

Tahu tak salah satu azam saya untuk tahun ini adalah untuk membaca 15 ebook. Ini sebabnya saya mempunyai terlalu banyak ebook yang saya claim (free) dan beli (kita support penulis wak hehe) dok tersimpan dalam library phone sampai tak terbaca. Stres! Jadi new year new mental iss- eh silap hehe new year new me! Untuk ebook pertama ni saya claim masa tengok mutual friends instagram share di story dia. Saya cam "hmmm apani?" cam menarik je bila tengok cover and tajuk. 

Kalau ikut definisi abe ChatGPT definisi Proksi boleh terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Teknologi/Rangkaian
  2. Perwakilan/wakil
  3. Statistik/penyelidikan
Saya cari definisi ni lepas habis baca sebab saya macam aci redah je. Baca je dulu. Lepas jumpa perkataan TamaT dalam ebook ni baru faham maksud Proksi Cinta tu apa.
.
.

So apa maksud Proksi Cinta?
Sabar. . . teruskan skrol bawah dulu okay😝


🏀🔬campus romance  +  opposite attract  +  proxy love/indirect love  +  he fell first and fell harder


Proxy Love ni tentang Indah yang ada crush pada seorang lelaki di kampusnya tapi Indah ni sejenis pendiam, introvert dan tak bergaul sangat. Satu malam, lepas habis discussion, dalam dia tengah berjalan melintasi gelanggang, kepala dia tiba-tiba dihentam oleh bola kerangjang. Secara tak langsung hidung dia berdarah. Dalam pening-pening tu muncul seorang lelaki yang berkali-kali minta maaf. Rupanya lelaki itu Qayser. Sejak dari kejadian tu, Indah dan Qayser kerap berjumpa. Dari situ mereka mula berkawan dan apabila Qayser dapat tahu bahawa crush Indah merupakan salah seorang pemain di dalam pasukan Qayser, dia dengan baik hati menawarkan diri untuk  menjadi "orang tengah" untuk Indah kejar crushnya. *TW: abuse*❗

Masa saya nak mula baca ebook ni kan, jujur cakap saya tak letak apa-apa expectations. Dalam kepala just nak baca santai-santai, rileks-rileks TAPI serius cakap, penulisan penulis sangat sedap. Sedap in terms of macam penulis ni dah terbitkan banyak karya, dah ada pengalaman menulis. Olahan ayat, emosi, penulisan and konflik sangat best! Walaupun kita dah boleh tahu cerita ni pasal apa like Indah ni end up dengan siapa to cut it short, this story very cliche 😙tapi cliche dia buat saya hook dari awal pembacaan saaaampai habis. Saya happy!

Konflik dalam cerita ni pun tak berat. Kesian dekat Qayser sebab walaupun dia ni datang dari background keluarga berada tapi dia sendiri malu dengan asal-usul sendiri. Penulis dah letak trigger warning awal-awal, kalau tak sanggup baca macam saya sila skip. Saya pun lemah sikit bab-bab macam ni😓 *kitonyo manjo*. Kuddos to penulis juga sebab illustration macam chat/messages sangat wow! Effort A+! Make it more real and relatable. 

Akhir sekali, bila saya cakap cliche kan, saya expect mesti lepas scene Indah dah confess pada lelaki tu timbul scene bercinta-cintun tapi TIDAK hahaha penulis terus skip to beberapa tahun kemudian. . . which is comel! Sebab dalam hati saya "ahh mesti cringe kan🙈..." tak sanggup rasa. So, nasib tak cringe. fuhhh. Manis dia level-level teh ais favourite saya.

Tahniah penulis, tak sabar nak baca karya yang seterusnya💗.

So,
Proksi Cinta bermaksud keadaan atau seseorang yang mungkin tidak dapat meluahkan rasa cintanya, lalu dia menggunakan perantaraan atau media untuk menyalurkan rasa cintanya sebagai contoh melalui perbuatan, rakan atau objek (surat). *thanks to abe ChatGPT for the clear explanation*

Shoot your chance - let's go!!!

Okay, bye!



p/s: shoot your chance, if not now then when? tapi bila kena reject sila move on k hahah

Saturday, February 08, 2025

Review: She's My Lady

 


Tajuk: She's My Lady
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit: Rosnurul Ain Syuhada
Muka surat: 352 muka surat

Hai dan hello!

Saya mulakan post Februari dengan review buku dari Kak Ain. Nak tahu tak? Saya start kenal kak Ain dari buku Split kemudian Nyctophobia barulah buku She's My Lady (SML) ni. Saya suka buku Split tu sebab jujur cakap, saya pernah ternampak versi adaptasi. Tak silap saya Shukri Yahya dan Sara Ali (kot) berlakon. Tapi saya tahu gitu-gitu jela. Masa kedai buku POPULAR jual Split dengan harga RM10, saya apalagi rebutlah hehe. And then, saya beli Nyctophobia sebab tak ingat baca review siapa tah kat instagram kira macam teracun la ni and suprisingly NYCTOPHOBIA is S0000 GO0D hahaha. Saya amik masa jugak nak move on dari Nycto tu. Okay kita proceed pula untuk review SML...

She's My Lady ni pasal apa?

She's My Lady ni pasal Rebecca (Becca) seorang mad scientist yang hidup dalam persembunyian kerana diburu oleh orang jahat bertemu pula Ed yang tiba-tiba jatuh dari langit dan kotorkan sofa putihnya hahah yepp. Bila Becca ni hidup pun dengan kucingnya, seorang diri, tak boleh keluar dari radar bertemu pula dengan Ed, Becca rasa ni masa yang sesuai untuk "gunakan" Ed. Gunakan dari segi apa? Haaa yang tu kena baca.

Apa yang saya suka dengan buku ni?

Fizikal

Kita start dengan fizikal buku ya. Buku ni floppy teruks! Mengingatkan saya pada buku Heliophile. Yepp lembut senang nak kepak. Nampak buku ni tebal tapi tak sampai 400 muka surat pun. Dan cover buku mashallah tantek angat. Macam biasa, kak Ain dan skull memang tak boleh dipisahkan hahah😂. Saya tak kisah pun. Tahu tak, saya bawa buku ni pergi tempat kerja. Pastu saya ternampak kawan saya belek-belek buku ni hahaha. Dia pun impress kot dengan kulit buku ni😆.

The plot

Fast pace. Laju. Buat korang rasa taknak berhenti baca. Laju gila cerita ni macam tengah layan movie Netflix or science fiction yang korang tak sabar nak tahu endingnya apa. Saya terbayang Becca ni macam Scarlett Johansson dalam cerita LUCY. Idea buku ni pula gemapk and sangat best! Macam biasa the villain adalah orang yang kita paling tak sangka tapi untuk buku ni penulis awal-awal dah kasi hint sebenarnya. Bagi saya konflik dia tak berat pun. I think romance dalam buku ni like 20% yang selebihnya mengagumi watak Becca yang genius💖. Plotwist tu tak payah cerita la. Lepas satu, satu terburai. Ingatkan dah habis phewww ada lagik!?. Toward the end of the book pun saya suka sebab nampak realistik. Selepas Ed dan Becca dah cuci tangan, dah mulakan hidup baru tapi masa lalu tu terpalit sikit pada anak dorang, Leo. Kesian Leo. Tapi jangan risau sebab buku ni happy ending hahaha kalau tak saya serbu dm Kak Ain tau.

Watak

Rebecca - Untuk watak Becca ni memang power. Dahlah seorang Doktor lepastu Saintis. Dengan suaranya sahaja dia boleh electrocut orang. Sebagai contoh, Ed ahaha. Buku ni sesuai dengan tajuknya sebab konflik dalam buku memang relate dengan Becca. Like semuanya berpunca dari Becca sampai orang yang tak bersalah pun terbabit. Disebabkan itu, dia tekad untuk lari dan kekal bersembunyi sebab dia simpan sesuatu yang berharga. Tapi dalam persembunyian dia, Becca ni bijak dah plan macam-macam untuk betulkan semula keadaan dan nak tebus hak kebebasan yang selama ni mereka dah ragut.

Saya suka bila penulis tonjolkan wanita yang kuat, berani, bijak dan yang paling penting terlebih emosi pun ya hahah. Sebab kadang saya rasa watak Becca masa dia marahkan Ed tu macam "ei ko ni, melebih pula". Tapi bila difikirkan semula memang layak la. Nak kasi Ed tu grovel lebih lagi. Padan muka!

Ed -  A hunter. Tugas dia adalah menerima arahan dari seseorang dan selesaikan tugasnya, Tapi tula, si Ed ni tak pernah tahu and tak pernah jumpa dengan siapa dia berurusan disebalik earpeice tu. Bila semuanya terbongkar, rasa sedih dan kesian pada Ed. I mean, he's just trying to be good brother😔. 

Ada ke eh benda yang saya rasa off sikit? Hmmm takda rasanya cumanya bila scene Ed tinggalkan Becca or scene sedih muncul, saya macam tak dapat nak tangkat sangat emosi. Baru nak sedih eh tetiba dah masuk scene lain. Mungkin saya masatu yang emotionless haha tapi nak hujung-hujung bila Becca masuk campur hal Leo baru saya boleh relate and sedih sikit😞. Mungkin sebab kasih ibu kan? Dan mula-mula saya rasa banyak menonjol pada scene skill Becca dan kurang spotlight pada Ed tapi bila scene "misi" mereka tu terus tak jadi, tarik balik tarik balik hahah. Ed sendiri sanggup kotorkan tangan dia untuk isterinya. Like Becca does the thinking and Ed does the doing. 

Akhir sekali, duit dan kuasa takkan mampu puaskan hati manusia yang tamak haloba. Tiberrr


"I'm going to do whatever my wife asked me to. Because...she's my lady" - bring it on!!!


Okay, bye!