Monday, April 27, 2026

Review Fahim Hariz Mr Troublemaker💢


Tajuk: Fahim Hariz Mr Troublemaker
Penulis: Cik Bawang
Penerbit: Ceritera Cinta Publication
Muka surat: 528 muka surat

Hai dan hello👋
Rasa macam dah lama tak tulis review dalam ni. Saya rasa last review tahun lepas dan selepas itu saya banyak buat short review di ig story dan Goodreads. 

Okay, let's go

Buku ini tentang apa?
Buku ini mengisahkan Tengku Fahim yang merupakan anak kedua kepada Tengku Farel dan Dahlia (My Sweet Saviour). Kalau siapa yang tahu pasangan ni mempunyai empat orang anak iaitu Fateh, Fahim, Lily dan Fiqri. Fateh Hayden seorang pemandu litar Formula 1 dalam buku Fateh Hayden Mr Heartless, Lily pula ada kisah sendiri dalam Lily His Forbidden Love dan sekarang turn Fahim pula. Dah nama pun troublemaker memang sesuai la dengan apa yang orang selalu cakap "anak kedua memang banyak karenah dan bawa masalah" hahaha ops😏. 

Fahim ni seorang yang happy go lucky, ceria, extrovert, nakal dan selalu buat susah hati Farel dan Dahlia. Walaupun selalu buat susah hati tapi bila Fahim diam, parents dia tak senang duduk pula. Bayangkan dah belajar jauh duduk asrama pun selalu cikgu call parents dia sebab kenakalan Fahim ni. Satu malam, masa Fahim nak fly dari asrama, boleh pula dia dikejar oleh warden. Fahim yang cuak lari  sekuat hati dan melompat masuk dalam salah satu rumah yang berdekatan. Rupa-rupanya tu rumah Nada Nasuha. Suha ni siapa? Suha ni merupakan kawan sekelas Fahim. Suha ni badan besar, comel dan selalu kena usik buli lisan dan fizikal dengan orang sekeliling dia. Fahim pun suka usik Suha tapi adakah Fahim pun sama macam orang lain juga?

Sejujurnya saya memang suka dengan buku ni jadi maafkan saya kalau terlebih yapping ke apa. hehe.

Apa yang saya suka tentang buku ini?

Plot
Dari segi plot, cerita ni sangat laju dan santai. Tiada konflik berat yang boleh buat sakit kepala. Awal-awal kita dihidangkan dengan alam persekolahan Fahim dan Suha. Fahim ni dekat sekolah memang terkenal sebab atlet sekolah dan kekacakkannya. Sampai Suha pun crush pada Fahim dan curhat dalam diary. 

Dear D. . . hehe

Totally opposite dengan Suha yang selalu dibuli. Paling teruk dia dikurung dalam stor sehingga menyebabkan dia terperangkap dan mula menjadi titik terendah dalam hidupnya. Penceritaan dalam buku ni smooth dan takda pun rasa macam draggy ke apa ke. Paling tak sangka bila saya menangis dua kali hahah. Yes twice. Tak tahulah tapi rasa macam sebak dan sedih sangat dengan life Suha😭. Setiap kali Suha menangis saya pun turut menangis. Tapi jangan risau sebab seorang Suha bukan perempuan lemah. Dia bangkit selepas 10 tahun kemudian.

Watak
Fahim ini nakal tapi kita boleh tengok senakal-nakal dia, dia tak pernah biadap dengan orang tua, bersungguh-sungguh kejar cita-cita dan nakal dia tak ada menyakiti siapa-siapa kecuali bila ada scene dia balas balik untuk Suha. Saya pernah baca somewhere yang tulis kalau kita nakal sekalipun, jangan sampai kita musnahkan masa depan kita dan seseorang. Tak baik. Fahim pun suka usik Suha tapi Fahim siap warning yang dia seorang je yang boleh usik Suha. Orang lain tak boleh! Fahim ni boleh naik menggila kalau dengar orang lain buli Suha. Disebalik troublemaker, terserlah juga sisi protective seorang Fahim.

Sejujurnya, saya faham bila Fahim memberontak bila dipaksa melakukan sesuatu yang kita tak jangka. Dia pun masih remaja. Clueless. Sepatutnya lepas SPM dia enjoy macam kawan-kawan yang lain tapi disebabkan dia terpaksa berkahwin dengan Suha, dia sendiri tak bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami. Dia sedar perkara tersebut. Tapi yang bagusnya Fahim ni kan tak pernah culas bayar nafkah. Walaupun dia tak dapat nak kejar cita-cita dia tapi dia turn out jadi orang yang berguna.

Suha pula. Ya Allah rasa nak peluk. Imagine betapa lama ayah dan ibu Suha nak dapatkan Suha dan waktu mereka dah dapat Suha, usia mereka agak lanjut. Suha ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapanya sampai Pakcik Hussain iaitu ayah Suha panggil Suha "Cuha Cayang" comel betul hahah😍. Selepas kejadian hitam yang dia diperangkap dan takdir menukar status dirinya, Suha terus bangkit. Fahim muncul untuk minta peluang kedua dan betulkan masa lalu mereka. Tetapi ingat senang-senang ke Suha nak maafkan Fahim ha? Pertemuan semula buat Suha tak bersedia nak berdepan dengan Fahim. Walaupun Suha yang dulu bukanlah yang sekarang. Suha memang dah berubah tapi trauma dan sedih yang dilalui masih belum hilang sepenuhnya. Dia masih ada rasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Watak tambahan macam ibu dan ayah Suha dan Fahim iaitu Farel Dahlia dan Pakcik Hussain dan Makcik Temah menguatkan lagi plot. Ada juga kemunculan Noah anak Fateh dan Anis. Noah ni kecil-kecil dah pandai jadi cupid eh. Cheeky dan comel Ingatkan kemunculan Tengku Linda berakhir di buku Fateh tapi tidak ya😠. Yihhhh dari zaman Farel lagi tak habis-habis ek kacau kehidupan anak dan cucu-cucu. Nasib hujung-hujung tu insaf. Bila Fahim sangat lantang backup Suha depan Tengku Linda, saya happy sangat sebab itulah yang sepatutnya. Nasib Fahim ni bukan macam abang dia Fateh tu. At the end of story, Cik Bawang bagi kita point of view (pov) Fahim masa dia remaja. Isi hati Fahim masa tu. Mula-mula rasa nak marah tapi kesian dengan Fahim sebab dia pun hanya mangsa keadaan. 

Overall, saya nak pesan jaga kata-kata dan perbuatan kita terhadap seseorang atau sesiapa pun sebab kita tak tahu sejauh mana tindakan kita akan melukai seseorang tu. Always be kind because it's free! Kita jadi baik bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita juga💋. 


Suha, kalau masa boleh diputar aku akan tetap selamatkan kau - Fahim ticks all the love language boxes😘

Okay, bye!




No comments: