Thursday, September 18, 2025

Review Sakura

 


Tajuk: Sakura
Penulis: Deian Dyan
Penerbit: Ink Loaf Publication
Muka surat: 423 muka surat

Hai dan hello!
Saya sekarang dalam fasa nak habiskan tbr (to be read) list yang menggunung nak nak untuk pbakl tahun ni. Banyak jugak eh saya spend untuk buku. Tapi takpe la. Takyah la kita kenang duit yang telah terbang😇. 

Okay jom mula!

Sakura🌸 ini pasal apa?

Sebelum tu, genre Sakura bagi saya lebih kepada mystery atau thriller. Romancenya ada, tapi (pada pandangan saya) mungkin sekitar 20% sahaja. Nanti saya akan cerita kenapa saya rasa ada elemen misteri atau thriller. Sebelum tu, biar saya senaraikan dulu genre dan trope yang ada dalam buku ni:


  1. romance
  2. mystery/thriller/suspense
  3. trigger warning (pls don't ignore this)
  4. baker x artist 
  5. stranger to lover
  6. protective family member
  7. family feud

Cerita ini bermula apabila Nurin, seorang pelukis, ditawarkan bekerja di bawah Galeri Himawari di Jepun selama enam bulan. Nurin pun berhijrah seketika atas urusan kerja dan mengajak kawan baiknya, Awatif, untuk menemaninya. Setibanya di sana, Nurin diperkenalkan kepada pemilik kafe Alice's Wonderland, iaitu Airis, yang juga merupakan childhood friends Awatif. Namun, malang menimpa apabila Nurin diserang di kafe milik Airis. Masa first time Nurin kena serang, Airis terus tunjuk dia jenis caring dan protective. Tapi Nurin masa tu anggap benda tu kebetulan je sebab kejadian jadi kat kafe Airis, kan? Cuma yang buat dia tak boleh lupa penyerang tu sempat sebut pasal Sakura. Aneh gila kan?

Kalau korang expect buku ni romance semata. Nope! Hahaha. Jangan tertipu dengan cover pink bunga-bunga tu. Nampak macam sweet lovey-dovey, padahal banyak cerita pasal keluarga Airis sebenarnya. Bukan setakat mak ayah dia je, masalah ni dah berakar sejak zaman datuk nenek lagi. Airis yang jadi pewaris pun dah penat dengan tanggungjawab tu. Bila sesuatu jadi kat Nurin, masa tu lah saya rasa family ni jadi turning point untuk dia bertindak.

Awal-awal buka buku je, penulis dah letak trigger warning. Mula-mula saya baca rasa macam “ala takda apa kot”. Tapi bila sampai scene gudang tu especially bab 38, 39 fuhhh agak gore weh😵. Masa baca rasa dada ketat, emosi pun bercampur-campur. Lepas scene gudang tu, saya paling salute cara penulis tunjuk macam mana Nurin struggle hadap trauma dia. Part Nurin sedar kat hospital tu… sumpah rasa real gila. Saya sendiri rasa nak peluk Nurin kuat-kuat.

Mungkin ada pembaca rasa, “kenapa slow sangat jalan cerita ni?” atau “bila la nak reveal si dalang ni?” Saya pun mula-mula ada rasa macam tu. Bayangkan dah dekat nak kahwin pun belum tahu siapa sebenarnya mastermind. Tapi bila fikir balik, penulis memang nak kita join sekali dalam proses selesaikan misteri ni. Pace dia bagi saya okay je. Tak slow meleret, tak laju sampai terburu-buru. Memang steady ikut flow kes Sakura ni.

Bila semua terjawab… saya puas hati weh. Lagi-lagi cara villain tu jatuh. Bila tahu siapa orang jahat tu, saya macam “laaaah kau ke?” terkejut tapi taklah shocked sangat. Tapi paling best, villain tu tumbang bukan sebab hero/heroin, tapi sebab orang bawah dia sendiri. Kat situ terus teringat pepatah apa yang kau tanam, itulah yang kau tuai. Rasakan!💅

Akhir sekali, penulis menutup cerita ini dengan kemas. Dari bagaimana Nurin akhirnya mahu menemui terapi, hinggalah kepada kemelut keluarga Airis, Takeshita dan juga hint tentang little Airis or Nurin coming soon. Aaaa, cute gila!😍

Untuk keseluruhan buku, saya suka sangat fizikalnya sebab jenis floppy. Illustrasi dalam buku ni pun cantik. Sepanjang pembacaan, saya tak jumpa langsung typo atau kesalahan ejaan. Tahniah buat team Ink Loaf!

Okay, saya rasa itu sahaja kot. Bye!


"My favourite piece?Hm... Nurin Nabeela of course" - ish blushing la camni!🙈


Friday, September 05, 2025

Review Kisah Kita (Ebook)

 


Tajuk: Kisah Kita
Penulis: Nanabananamy
Muka surat: 687 muka surat /50K+ patah perkataan

Hai dan Hello semua!

Rasa macam lama sangat menyepi dan tidak menulis review disini. Mood membaca saya ada pasang surutnya. Sekarang rasa nak jual buku-buku di rak hahaha. Tak tahu lah. Kita anggap jela ini fasa kehidupan yang saya sedang lalui.

Saya suka sangat bila dapat discover new underrated and talented author. Rasa macam seronok, happy and bangga bila dapat baca karya penulis yang masih bertatih dalam industri dunia buku dan penulisan. Kita boleh nampak usaha dia dalam menulis, promote karya dan sebagainya. Untuk penulis ini, sebenarnya saya (rasa) terjumpa video tiktok tentang cerita tajuk Give Me Your Forever. Cerita tu pula free dan boleh dibaca di Wattpad. Apalagi? Saya bacalah dan suprisingly saya suka sangat dengan cerita tu hahah. Jadi bila penulis ini keluarkan ebook Kisah Kita, saya pun beli waktu harga promo. Berbaloi sangat!

Okay jom mula!

romantik - cinta dua darjat - cinta bersemi kembali - ayah tunggal - hilang ingatan - melodrama (sikit kot)

Kisah Kita ini tentang apa?

Amanda, anak kecil dan polos yang dibesarkan oleh Izz secara tidak sengaja terjumpa Jasmeen disebabkan raut wajah Jasmeen seakan-akan seperti muka Mummynya. Mummy yang dia tidak pernah jumpa dari lahir. Jasmeen terpinga-pinga. Izz buntu. Si anak pula tidak mahu melepaskan peluk dari Jasmeen. Sejak dari pertemuan itu, Izz dan Jasmeen kerap bertemu atas alasan si anak, Amanda. Adakalanya, setiap perkataan yang keluar dari mulut Izz bagaikan dejavu oleh Jasmeen. Jasmeen merasakan ada cebisan memori yang telah hilang dari dirinya tetapi apakah itu? 

Permulaan cerita ini banyak berkisar tentang diri Izz. Izz yang sangat-sangat sayangkan Amanda. Dekat sini saya nampak yang Izz ni dia seboleh-bolehnya tidak mahu Amanda rasa terabai ataupun kurang dalam kasih sayang biarpun dibesarkan tanpa figura seorang ibu. Pertemuan Izz dan Jasmeen seperti memberi sinar yang baharu untuk diri Izz tapi dia sendiri sedar dan tidak mahu berharap. Mungkin sebab dia sendiri masih trauma dengan apa yang pernah jadi (?).

Sepanjang pembacaan saya rasa smooth saja macam mana smoothnya confession Alana kepada Izz kekeke🙈. Kenapa saya cakap smooth? Sebab dalam ebook ini ada masa lalu dan masa kini tetapi kita takkan confuse sebab penulis letak timeline dia macam ni: masa kini - masa lalu - masa kini. Penulis juga ada selitkan ilmu baru untuk kita iaitu SED (selective eating disorder) dan ARFID (avoidant restrictive food intake disorder). Tak tahu la untuk orang lain mungkin mereka dah pernah dengar or aware disorder ini tetapi bagi saya, ini ilmu yang baru. Saya selalu familiar dengan picky eater je and selalu happened to kids. Cuma kalau boleh saya nak suggest untuk penulis kembangkan lagi cerita tentang disorder tu macam what happened after that? disorder Alana hilang ke lepas dia kahwin? Sebab penulis letak SED dan ARFID tu waktu zaman belajar Alana. Saya berminat nak tahu keadaan Alana.

Boleh tak nak cakap terima kasih dekat penulis sebab tak buat second lead male yang jahat?😆Johan Arrazi! The man you are😍Walaupun Johan merupakan tunang Jasmeen dan dia tahu keadaan Jasmeen dan Izz melalui Jasmeen sendiri tapi dia sangat memahami dan tak melenting. Ini kalau tunang orang lain dah kena tinggal tepi jalan dah ni hahaha. Johan. Awak memang nombor satu sebab memahami, tak pushy, sedar kebahagiaan itu tak boleh dipaksa dan dibeli. Not everything about money *ehem Dato' Jauhari*. Thanks to Johan sebab huraikan the plotwist hahah.

Penulis juga berjaya membuatkan watak sampingan yang hidup. Saya boleh rasa semua emosi pada setiap watak-watak tersebut. Bukan setakat saya suka watak Johan, tapi saya juga suka pada watak Amira. Entahlah saya rasa saya tak suka baca cerita banyak orang jahat hahaha. Walaupun Amira tu suka pada Izz tapi dia tak la buat benda bukan-bukan melampaui batas. Paling-paling pun dia tolong cedok nasi je hahah. Untuk watak Johan, Amira, Mak Ina, Alisya dan Dato' Jauhari dan kawan-kawan Izz waktu belajar, semua itu seakan realistik dan relatable. Nak-nak watak Dato' Jauhari. Bila dia beria-ia nak melindungi Jasmeen, kita ingatkan dia betul-betul sayangkan Jasmeen tapi haaaa ada udang disebalik mee😠


Okay, bye!


"So you really want me as your birthday present?"
"Kalau I jawab ya? you boleh datang sini sekarang dengan reben dekat kepala?" - *giggling, blushing mhuehuehue*