Tuesday, December 03, 2024

Selangor International Book Fair 2024 #sibf2024

Hai dan hello!

Alhamdulilah tahun ni berpeluang lagi menjejakkan kaki di sibf yang terletak di Setia City Convention Centre (SCCC) Shah Alam. Fuhhh panjang bebeno yer namanya. Kita panggil sccc jela ek haha. Sebenarnya kan saya happy gila gila sebab sibf kali ni:

  1. terletak berdekatan dengan rumah like less than 10 km (?)
  2. tempat yang luas, pilihan makanan yang pelbagai dan PARKING yang banyak.
  3. sejuk, walaupun ramai orang tak rasa ketibas ke cepat berpeluh ke apa.
  4. free public wifi!!!! *menjeritt*😆
Sebabnya, pengalaman sibf yang lalu sangat mehhhhhhhhhh. boleh la google last year sibf2023 lokasinya dimana. Saya ingat lagi ya, saya merisikokan kereta sendiri dimana saya parking like berhampiran dengan highway tepi jalan. Masa nak tinggalkan kereta tu aku cam tawakkal jela. Semoga Allah lindung kereta dugong saya. Parking di bahagian dalam sangat limited lepastu mahal betulzzz. Parking lot tu dia buat tempat foodtruck😖. 

Lepas tu, tempat dia memang nampak gah TAPI panas wei. Entahlah mungkin saya datang masa betul-betul peak day/peak hour. Line internet jangan cakap la. Saya cancel tak jadi beli buku sebab payment tak lepas. Nak cakap tahun ni punya pun sama je. Biasalah alahhh line telefon rumah oren tU. Tapi tadi saya dapat buat payment dengan menggunakan public wifi. Selamattt. Kali ni punya pengalaman lain ya. Gabby menjadi seorang yang peramah hahaha. Tak ada la peramah gila-gila tapi saya berani kan diri tegur seorang kawan dari bookstagram community dan seorang penulis favourite saya hehek.

Alhamdulilah, my heart feels so content!💖

Kalau ikutkan list buku-buku sibf saya boleh tahan panjang ahahaha dalam 7 atau 8 buku tak silap tapi disebabkan tahun depan saya ada azam dan komitmen yang perlu dipenuhi maka saya behave dan tone downkan sikit nafsu tu.

List Sibf2024

  1. Seikhlas Kasih Abang Nanas - Izzraff ✅
  2. Mr Ross (tak ingat nama apa) - Anna Lee
  3. Bidan - Nil✅
  4. Kelabu 2 - Neddo Khan
  5. Vignette - Syud✅
  6. Rentong - Shahnon Ahmad
  7. Malika - Syu Ariani✅
  8. Medusa Inkloaf Edtion - Nurul Ain Syuhada
  9. Kenapa Hidup Makin Sunyi - (tak ingat author)
Untuk buku nombor 1 tu saya preorder terus dari penulis. Plan asal saya nak jumpa penulis, tetapi penulis ada di booth sampai pukul 12 sahaja. Saya bertolak dari rumah dalam pukul 1 lebih so memang agak dah tak sempat takda rezeki. Buku nombor 2 pula stock buku tak sampai lagi😔. Excited dah tau nak beli tapi bila sampai booth Prolog, akak tu kata "tak sampai lagi....saya cadang awak order online sahaja" alaaaa kita dah semangat tau kak. Buku nombor 4 dan 7 saya dapat jumpa penulis dan tanda tangan penulis. 

Kembang semangkuk rasa bila kak Syu ingat saya hahaha. Saya lah tu Gabby!. Kak Nil pula dia gelakkan je username saya. Mesti akak cam "amenda la budak ni nama Gabby" hahah takpa kak saya pun selalu gelakkan diri sendiri jugak. Bila pergi booth Manes untuk beli buku nombor 5, sempat bertegur sapa dengan Akyelrahim. Ingat lagi dia ya hahah. Aura akyelrahim ni macam buku-buku dia. Positif, happy go lucky sajeee.




Okay, itu je bye!

No comments: