Monday, November 25, 2024

Review: Professional Overthinker

Hai dan hello,

Hari ni saya nak buat short review, pendapat dan berkongsi exprience saya sepanjang membaca buku ini.


Tajuk: Professional Overthinker
Penulis: Asha Lim
Penerbit: Dear Novel
Muka surat: 456 halaman


Sebenarnya dah lama saya nak beli buku ni. Selepas baca karya penulis iaitu Milaya saya rasa penulisan penulis okay. Biasalah anak first kata orang kan. Tetapi tidak cukup untuk meyakinkan saya nak beli buku beliau yang seterusnya. 50-50 sebenarnya ><. TAPI! bila saya baca review dan ulasan tentang orang yang dah baca buku PO ni saya macam "hwaaaaaaaaaa aku nak kena baca jugakkkk"

Maka, disini lah saya hehe.

Meh saya share sikit PO ni pasal apa ya. 

Professional Overthinker ini tentang seorang wanita yang bernama Afia yang sangat sangat sangat la introvert. Pendiam, dalam dunia dia sendiri dan kalau dia ada kawan, kawan dia tupun seorang je. Tapi Afia ni untung sebab dia ada support system yang kuat dari family dia, mak ayah dan abang-abang dia. Mereka sangat menerima diri seorang  Afia. 

Sampai lah satu hari semasa rumah dia buat majlis kenduri kahwin, rupa-rupanya ada seseorang yang meminati Afia, kira macam love at the first sight gitu iaitu Mikha. Maka terjadilah arrange marriage.

OK CHOP

Sebenarnya saya dah baca prequel novel ini yang bertajuk Mikha berbentuk ebook. Kalau PO ni point of view (pov) Afia tapi dalam cerita Mikha ialah pov Mikha. Faham tak? hahahah saya excited sebab si Mikha dalam ebook sangat gedik yaaaa.

OK sambung...

pung pang pung pang kahwin la mereka. hihihik *gelak gediks*
.
.

Waktu awal perkahwinan Mikha dan Afia did alam fasa mengenali hati budi masing-masing walaupun Mikha jatuh cinta pada Afia. Tetapi Mikha pun tidak la memaksa Afia. He really follows her pace. baby step one by one.

Saya nak cakap saya suka sangat ya dengan watak Mikha dan watak Afia. Afia ini walaupun dia seorang yang introvert, tak pandai nak luah apa yang dia rasa tapi dia berani mencuba. Watak Afia ni tak stagnant tau. Mula-mula baca mesti akan timbul rasa baran dan bengang sikiiiiit😌 sebab Afia ni jenis bila ada masalah dia tend to lari dan diam. Bila Mikha tanya baru dorang communicate betul-betul. Tapi character Afia ni nanti kita boleh nampak macam mana slowly she overcome her fears, macam mana dia push diri dia untuk pulih.

Kalau saya boleh masuk dalam buku ni kan saya nak peluk Afia dan cakap "takpa Afia, slowly...don't push yourself too hard". 

Untuk watak seorang Mikha pula, bila saya baca ebook Mikha saya faham. Macam mana dia seorang yang playboy eh bukannn Mikha ni seorang yang extrovert yaaaa✋. Dia senang sangat bergaul dan blend with everyone. Walaupun begitu, Mikha ni pandai judge orang hahaha yang itu saya puji. ehem*scene Mikha deep talk dan tanya Afia pasal Jana*. Pokoknya Mikha validates Afia's feeling. 

Saya suka bila orang validate apa kita rasa, dia faham, dia tak judge dan dia terima baik buruk kita dan dia tahu apa yang dia kena deal once dia agree nak sehidup semati dengan kita. That is true love. Ewahhh. 

Untuk karya kedua penulis ini saya dapat lihat banyak improvement dari segi penceritaan, watak dan penulis buat research tentang seorang yang berkrakter introvert dan extrovert.


Okay itu sahaja, bye!

p/s: geli hati ya dengan reaksi Mikha bila akhirnya cinta bertepuk dua-dua belah tangan. hadoilaaaaa